Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tanamkan Minat Membaca Pada Anak-Anak

Cuti Deepavali hari tu, kami singgah jalan-jalan di KLCC. Sambil keluar makan, sambil jalan-jalan tengok panorama KLCC. Destinasi kami yang terakhir sebelum pulang, kedai buku Kinokuniya di tingkat atas.
Sekali sekala, apa kata bawa anak-anak anda ke kedai buku untuk memberikan mereka satu keadaan suasana membaca yang menarik. Kerana kalau kat Kinokuniya KLCC ni, beribu-ribu jenis buku bacaan boleh kita pilih sesuai dengan minat dan selera pembacaan kita. Sesetengah sektor, anda boleh mengambil buku dan membaca secara PERCUMA di kawasan yang disediakan. Kalau dah penuh, duduk saja di celah rak buku tersebut.
Tengok sahaja gaya my kids membaca buku di Kinokuniya. Suka diorang dapat pilih buku kegemaran. Nanti kemudian boleh lagi singgah di Kinokuniya untuk membeli buku-buku cerita atau ilmiah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.