Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tanda Tanda Kucing Bunting Atau Mengandung

Ada rakan tanya, macam mana MrJocko tahu yang kucing MrJocko bunting? Jawapan yang mula-mula MrJocko jawab, perasan perubahan perangai kucing itu sendiri dari mula-mula bising ‘mengeow’ nak mengawan kemudian jadi senyap dan manja semacam.

 

Ada banyak lagi tanda-tanda kucing bunting atau mengandung. Banyak info kat internet dan kat sini MrJocko kongsi antara info pasal tanda kucing bunting atau mengandung.

 

1. Kucing anda terlebih mesra

Sikap kucing yang terlebih manja. Kalau kucing bunting ni, ia mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan mula manja dengan ownernya minta dibelai. Miko juga macam tu. Kalau boleh dia nak duduk lepak sebelah kita. Kucing Bunting juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya ke arah owner.

 

2. Kucing lebih banyak berada di rumah

Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk ‘mencari’ kucing jantan.

 

3. Putingnya bertukar warna dan bengkak

Selepas 3 minggu hingga 4 minggu, Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membengkak dan lebih besar dari biasa. Kira perubahan seperti perempuan mengandung jugak kan?

 

4. Berat badan kucing bertambah

Bermula selepas minggu ke-4, Kucing anda nampak gemuk dari biasa. Ini adalah kerana kucing bunting mula bertambah selera makan dan bertambah berat badan dari hari ke hari.

 

5. Kucing sentiasa lapar

 

Tanda Kucing Bunting Atau Mengandung

tanda kucing bunting
 

Seawal 2 minggu, kucing seperti hilang selera makan. Loya tekak agaknya. Tetapi selepas minggu ke-3, Kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda dan memastikannya cukup vitamin.

 

Kucing bunting dikatakan akan mengandung sekitar 60 hingga 65 hari. Ada yang kata sehingga 70 hari. Tetapi nak senang ingat, kita ambil tempoh 9 minggu, bersamaan dengan masa mengandung manusia selama 9 bulan.

 

Kalau dah mencapai 9 minggu, harap tuan punya akan sediakan kotak dan tempat yang sesuai untuk kucing ini beranak. Kucing yang akan melahirkan anak, akan mencari tempat beranak yang agak privacy, gelap dan tersembunyi. Pastikan kotak yang anda buat itu selesa untuk kucing tersebut beranak.

 

 

tanda kucing bunting atau mengandung
Tanda Kucing Bunting Atau Mengandung

Tanda Kucing Bunting atau Mengandung

 

 

Tanda Kucing Bunting atau Mengandung

 

Biasa kucing akan beranak sebanyak 4-5 ekor anak kucing. Kalau bernasib baik, semua anak kucing akan hidup. Tetapi jika tidak dijaga dengan betul, mungkin seekor atau dua ekor akan mati selepas lahir.

 

Anda tak perlu banyak kerja, cuma pastikan kucing beranak secara normal. Bantu sedikit jika perlu. Tak perlu risau, kucing akan ada sifat survival semulajadi.

 

Setelah kucing selesai beranak, anda kemaskan lah tempat beranak tersebut. Tunggu dalam masa 2 – 3 jam selepas kucing selesai beranak. Kalau semua dah selesai, pastikan anak-anak kucing itu dapat susu ibu kucing tersebut.

 

Seperkara lagi, kalau nak bagi orang pun, tunggu la anak kucing tu umur 2 bulan atau putus susu. Kalau tak, kesian kat anak kucing tu sebab tak pandai makan dry food atau wet food.

 

p/s : Tak sabar nak tunggu Miko beranak…

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.