Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

Andai anda berkunjung ke Kuala Lumpur, ada banyak destinasi tempat makan popular di sekitar ibukota Malaysia ini. Salah satu destinasi yang sudah menjadi ikon tempat makan santai, hype, cara urban anak-anak muda ialah di Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur. Lokasi tempat makan terbuka berdekatan dengan bangunan Kuala Lumpur Twin Tower (KLCC) ini semakin hari menjadi tumpuan peminat street food, khususnya makanan dari penyediaan Food Truck.

Terletak di tengah bandaraya, tidak susah untuk ke sini samada memandu atau menggunakan pengangkutan awam. Anda boleh memandu dan parkir di sebelah tapak urban dengan kadar bayaran RM5 per entry dan juga menaiki Teksi atau Grab. Paling murah, boleh gunakan laluan PUTRA LRT dan berhenti di Stesen LRT Ampang Park. Anda cuma perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja untuk ke lokasi popular ini.

Baca : Tempat Makan Murah & Best Di Kuala Lumpur

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang
 

Tapak Urban Street Dining yang terletak di Jalan Hampshire Kuala Lumpur ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan dari hari ke hari ia menjadi buah mulut pencinta gastronomy street food di Malaysia. Tak kurang juga, ia kini menjadi tempat pilihan ramai pelancong asing jika melalui kawasan ini.

Tapak ini merupakan kawasan parkir kereta pada siang hari dan pada waktu malam ia diubah menjadi tempat santai kumpulan peniaga Food Truck yang menjual pelbagai makanan dari makanan authentic Malaysia dan juga pelbagai menu western serta hype. Senang kata, anda akan tak risau tentang pilihan makanan, mesti ada menu yang akan menggiurkan selera anda.
 

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

 

Operasi Food Truck di sini bermula seawal jam 5.00 petang dan tamat pada jam 12.00 tengah malam. Kalau dulu, ia beroperasi sehingga lewat pagi, namun selepas pandemik, waktu operasi masih ditetapkan sehingga jam 12.00 pagi. Namun, jangan risau, kalau anda singgah sini, pasti akan puas hati.

Di kelilingi oleh banyak Food Truck dengan kawasan tempat duduk terbuka (open air) dan ada juga tempat duduk dibawah khemah tertutup untuk anda yang tak boleh kena embun malam.
 

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang

Mesti ada nak tahu apa menu best kat Tapak Urban Street Dining Kuala Lumpur kan? Nanti kami share di artikel akan datang…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.