Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tarikan Terbaru Di Tioman Burung Tiong Ikon I Love Tioman

Ada Tarikan Terbaru Di Tioman, Burung Tiong Ikon I Love Tioman. Ia dibina dipersisir tebing pantai berdekatan dengan Marine Park Pulau Tioman. Ia sebuah arca binaan yang berbentuk burung Tiung, yang menjadi ikon sinonim dengan negara Pahang. Tertulis di bawahnya ‘I Love Tioman’. Pastinya ia lokasi untuk bergambar jika anda berkunjung ke Pulau Tioman.

Lokasi arca Burung Tiung ini yang menajdi tarikan terbaru di Tioman, hanya sekitar 2 km dari Jeti Kampung Tekek. Lokasinya berdekatan dengan Taman Laut Tioman dan dibina di kawasan lapang berhadapan dengan pentas umum, Kampung Tekek Tioman. Kalau menaiki kereta atau motorsikal, hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja. Untuk pejalan kaki, sekitar 20 minit.

Baca : Tempat Percutian Menarik di Pahang

Tarikan Terbaru Di Tioman Burung Tiong Ikon I Love Tioman

Tarikan Terbaru Di Tioman Burung Tiong 01 copy

Sebelum ini, rasanya tak ramai yang kongsi arca Burung Tiong ini di Pulau Tioman. Mungkin mereka tidak perasan dan tak tahu bahawa di hujung sebelah sana ada lokasi Instagram Spot yang cantik untuk bergambar.

Tambah lagi, kawasan ini adalah kawasan pentas utama jika di Tioman mengadakan persembahan setiap kali penganjuran di kawasan yang agak lapang dan strategik. Ya, jauh sedikit sahaja dari pekan Tekek, tetapi ia punya banyak ruang untuk parkir dan mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang besar.

Tarikan Terbaru Di Tioman Burung Tiong 02
Tarikan Terbaru Di Tioman Burung Tiong

Kalau anda ada anak kecil yan gsuka main air, kawasan ini sesuai untuk mereka. Kawasan pantai dan laut agak berteluk, landai, banyak ikan dan ada beberapa kedai makan kampung yang menyediakan menu tradisional dengan harga yang murah. Sangat-sangat berbaloi duduk sini sambil melihat sunset.

Nak baca tentang Taman Laut Tioman, boleh baca di sini.

taman laut tioman blogger popular malaysia
Blogger Popular Malaysia di Taman Laut Tioman

“Asal-Usul Nama Pulau Tioman

Diceritakan, dahulu kala di sebuah pulau di Pahang, ada seorang dikenali Pak Tua yang mempunyai seekor burung tiung peliharaannya. Dia sangat sayang burung tiung peliharaannya kerana suaranya yang sangat merdu. Saban hari, sebaik sahaja dia bangun dari tidur, Pak Tua itu akan menjenguk burungnya.

Burung Tiung itu menarik perhatian ramai penduduk tempatan kerana kemerduan suaranya serta kebolehannya mengucapkan beberapa patah perkataan. Tiap-tiap petang mereka berkunjung ke rumah Pak Tua untuk mendengar suara burung tua itu.

Suatu hari, seperti biasa Pak Tua itu pergi menjenguk burung tiungnya sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya. Pak Tua terperanjat besar bila mendapati burung tiung kesayangannya itu sudah tiada di dalam sangkar. Pak Tua sangat sedih.

Sebelah petang hari itu, seperti biasa orang datang untuk mendengar suara burung Pak Tua. Apabila melihat sangkarnya kosong, mereka terus bertanya kepada Pak Tua, “Ke mana perginya burung tu pak cik?”

Dengan sayu dia menjawab, “Tiung man dah mati.”

Itulah jawapan beliau setiap kali dia diajukan soalan tersebut. ‘Man’ dalam loghat daerah pulau itu bermaksud ‘saya’.

Semenjak kejadian itu, pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Tiongman (kini Pulau Tioman). ‘Tiong’ adalah ejaan lama bagi ‘tiung’. Kemudian Tiongman diringkaskan pula menjadi Tioman. Nama tersebut, kini kekal hingga ke hari ini.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.