Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Ramai yang bersyukur apabila pihak Kerajaan dan KWSP telah membuat keputusan untuk membenarkan pencarumnya mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka sebanyak RM10,000 secara one-off pada awal tahun ini. Ekoran dari itu, lebih dari 5.3 jta pencarum KWSP telah memohon bagi mengeluarkan wang dari pakej Pengelaran Khas KWSP tersebut. Lebih bersyukur, apabila Menteri Kewangan semalam telah mengumumkan bahawa Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP pada 18 April 2022, diawalkan 2 hari dari tarikh asal 20 April 2022.

Sebelum ini, mereka yang mempunyai wang simpanan di dalam EPF (KWSP) dibenarkan untuk membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 secara one-off pada 1 April sehingga 30 April 2022. Yang mana, pembayaran awal akan dibuat secara berperingkat bagi mereka yang lulus permohonan tersebut.

Baca : Pengeluaran Khas KWSP Malaysia

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

 


Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022
 

Hari ini, pastinya ramai pencarum yang telah memohon Pengeluaran Khas KWSP ini tertunggu-tunggu untuk melihat jumlah wang RM10,000 masuk ke dalam akaun masing-masing. Menteri Kewangan telah berjanji bahawa wang ini akan masuk ke akan bank berdaftar masing-masing seawal hari Isnin, 18 April 2022 secara berperingkat. Pembayaran ini dibuat hanya kepada permohonan yang telah mendapat kelulusan sahaja.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022
Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022
 

Bagi anda yang telah memohon Pengeluaran Khas KWSP ini tetapi belum berkesempatan untuk meyemak keputusan permohonan mereka, boleh la segera berbuat demikian di pautan KWSP ini.

Ramai yang kata, pastikan permohonan anda telah berada di tahap hijau, ‘Telah Di Luluskan’. Jika ia masih berada pada tahap unggu, ia masih dalam proses permohonan.
 

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 18 April 2022
 

Bagi anda yang telah berjaya mendapat kelulusan, Tahniah. Gunakan wang tersebut sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan. Rancang dengan baik dan pastikan ia berbaloi untuk anda guna. Jangan sesekali membazir ya…

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.