Tau Ben Nghe Floating Restaurant Saigon River Yang Unik
|Saigon River (Sungai Saigon) antara nadi utama di Ho Chi Minh. Sejak dulu, sungai yang luas ini beri manafaat kepada ramai penduduk Vietnam tak kira di sekitar Ho Chi Minh atau mereka yang berada di hulu sungai. Sebab itu, ia kini dijaga sebaiknya dan dimasukkan unsur dan tarikan pelancongan termasuk restoran terapung. MrJocko nak kongsi pengalaman makan malam di Tau Ben Nghe Floating Restaurant Saigon River Yang Unik.
Ada beberapa bot besar di Saigon River yang menjadi lokasi tumpuang pelancong seluruh dunia dengan tarikan menu makan malam yang menarik dengan konsep Floating Restaurant Saigon River.
Baca : Saigon Square Di Vietnam
Floating Restaurant Saigon River
Untuk harga makanan di sini ada beberapa pilihan. Kalau tak silap, ada menu yang ditawarkan dengan harga bermula dari USD8 hingga USD25 untuk pilihan ala-carte. Tetapi sebaiknya, kalau nak makan di sini, ambil pakej lengkap hidangan dengan harga sekitar USD15 untuk seorang.
Kalau datang dengan kumpulan Muslim, boleh request lebih awal menu Vegetarian atau Muslim Halal.
Macam yang MrJocko cuba ini, ada menu seafood seperti Sotong, Ikan Goreng, Telur Goreng dan juga sayur Kubis. Untuk MrJocko menu seperti ini sudah cukup.
Jika korang bukan Muslim, boleh la cuba menu Ayam atau Daging yang dihidangkan.
Cara masak menu masakan di Vietnam hampir sama dengan menu masakan orang Thailand, tetapi ada keunikkan mereka sendiri. Dalam banyak menu di Vietnam, ada diletakkan sayur dan juga rempah.
Rasa makanan di Vietnam juga agak tawar sedikit berbanding menu di Malaysia yang ada rasa manis, masin dan masam.
Cerita travel saya di Ho Chi Minh http://www.mrjocko.com/tag/ho-chi-minh
Untuk info, Tau Ben Nghe Restaurant http://taubennghe.vn beroperasi setiap malam di persisir Saigon River di Ho Chi Minh City. Alamatnya di No. 5 Nguyen Tat Thanh, Ward 12, District 4, Ho Chi Minh, Vietnam. Ia dibuka dari jam 6.00pm sehingga jam 10.00pm
Untuk harga makanan di sini ada beberapa pilihan. Kalau tak silap, ada menu yang ditawarkan dengan harga bermula dari USD8 hingga USD25 untuk pilihan ala-carte. Tetapi sebaiknya, kalau nak makan di sini, ambil pakej Buffet dengan harga sekitar USD15 untuk seorang. Kalau datang dengan kumpulan Muslim, boleh request lebih awal menu Vegetarian atau Muslim Halal.