Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tauhu Begedil Daging Yang Viral Memang Sedap

Kalau orang Jawa, Cina dan Korea diorang percaya Tauhu ada kelebihan tersendiri untuk kecantikkan kulit. Sebab itu, orang Jawa dan Indonesia suka makanan yang jenis ada Tauhu. Evolusi makanan tauhu pula, semakin berkembang, sehingga baru-baru ini ada yang kecoh viral di internet, Tauhu Begedil Daging Yang Viral. Ya, ia Memang Sedap!!!

Sebelum ni pernah dengar viral tentang menu Tauhu Begedil Daging yang dikatakan sangat sedap. Tak tahu siapa yang cipta, tetapi kini dah banyak peniaga makanan, mula menjual menu Tauhu Begedil Daging ini di gerai, malah ada yang membuat servis penghantaran PERCUMA.

Baca : Pengalaman Masak Kuih Raya

 


Harga Tauhu Begedil Daging Yang Viral

Tauhu Begedil Daging Viral Memang Sedap
Tauhu Begedil Yang Sedap

 

Baru bulan September lepas, pertama kali MrJocko dikenalkan dengan menu Tauhu Begedil Viral. Rezeki masa tu dapat makan 5 pcs. Terus jatuh cinta, hahaha!!! Sebab apa, sebab menu Tauhu Begedil Daging yang saya makan hari tu memang sedap.

Terima kasih Nizam Suki sebab tolong belanja dan tolong perkenalkan menu rare dan authentic asli ni.

Tauhu Begedil Daging Viral Memang Sedap

Sekarang, tak perlu lagi nak tunggu kawan untuk belikan. Boleh terus beli sendiri dengan penjual Tauhu Begedil Daging. Sekali order, minima 3 kotak, InsyaAllah owner sendiri akan datang hantar. Terbaik!!!

Harga untuk satu Set Tauhu Begedil Daging Viral ini cuma RM10, dengan mempunyai 7pcs bebola begedil yang bersaiz sederhana. Untuk orang dewasa, 3 biji bebola begedil ini, sudah cukup untuk buat perut korang kenyang. Jadi, menu begedil yang 7 pcs ini sebenarnya sesuai untuk hidangan 2 orang.

Oh ya, menu Tauhu Begedil Daging Viral yang MrJocko pesan ini disertakan dengan cili potong dan juga Sos Cili Cuka. Memang Awesome!!!

Untuk Makcik, Kakak, Adik yang rajin nak masak, boleh cuba resipi Tauhu Begedil ini. Meh kita kongsi resipi sedap Tauhu Begedil.

Bahan Tauhu Begedil:

Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
4 – 5 biji kentang Holland (tekstur kentang Holland lebih halus dan mudah dilenyek)
1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam (boleh campur kedua-duanya sekali)
2 – 3 ulas bawang putih
1 cawan air
2 – 3 biji telur
Lada sulah (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)

Cara Membuat Tauhu Begedil

1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan dibersihkan. Potong kecil agar memudahkan proses melenyek kemudian.

2. Tumis bawang putih bersama bawang mereah dan masukan isi ayam yang telag siap direbus dan dicarik atau boleh juga guna daging cincang jika mahu. (Jika suka sayur boleh masukan hirisan lobak). Siap dan letak ditepi.

3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dna secubit garam.

4. Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi bersama hingga serasi.

5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga lubangkan bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut ianya terkeluar membuak sewaktu menggoreng.

6. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada untuk perasa.

7. Celup dansalutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti, gorengnya dengan minyak penuh sehingga garing.

8. Siap, sedia di hidang.

Sumber Resipi : Wanista Tauhu Begedil dan Facebook Zurine Omar

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.