Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Ada yang mungin tengah rancang untuk bercuti ke destinasi Eropah dan Timur Tengah pada tahun ini. Ramai yang jatuh cinta dengan keindahan destinasi seperti Dubai, Turki, London, Paris dan banyak lagi destinasi popular dunia yang lain. Ini ada peluang dapatkan tiket murah dengan Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018.

Mulai 8 Februari hingga 14 Februari 2018, ada tawaran khas tiket penerbangan Emirates ke hampir semua destinasi Emirates termasuk Amerika Syarikat. Tawaran belian ini untuk penerbangan bermula 15 Februari hingga 30 November 2018.

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Anda boleh terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi popular seperti Dubai, London, Paris, Istanbul, Barcelona, Milan, New York, Cairo dan juga ke London gateaway baru Emirates, Stansted yang akan dibuka pada 8 June 2018 nanti dan juga ke Sabiha Gokcen di Istanbul.

Sempena dengan tawaran khas tiket penerbangan Emirates bulan Februari 2018 ini, ia peluang terbaik untuk anda membeli tiket penerbangan ke destinasi impian anda.

Sebagai contoh, tiket all-inclusive Economy Class dari Malaysia ke destinasi Eropah bermula dari harga MYR2,359; MYR2,479 ke United Kingdom, MYR3,019 ke negara Timur Tengah dan MYR4,249 ke Amerika Syarikat.

Tiket penerbangan Business Class bermula dari harga MYR9,743 ke Eropah, MYR11,179 ke United Kingdom, MYR8,739 ke Timur Tengah dan MYR15,399 ke Amerika Syarikat.

Baca : MrJocko dan Pengalaman Menaiki First Class Emirates

Untuk info, Emirates sekarang mengendalikan tiga penerbangan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa ke Dubai. Dengan lebih 150 destinasi penerbangan ke seluruh dunia dengan merangkumi 84 negara melalui hab penerbangan di Dubai, Emirates adalah syarikat penerbangan terbaik untuk semua.

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates

Ramai yang terbang dengan Emirates mengakui, pengalaman menaiki Emirates antara pengalaman penerbangan terbaik samada terbang dengan First Class, Business Class atau dengan penerbangan Economy Class.

Menu makanan dalam Emirates, adalah antara yang terbaik. Tambahan pula, mereka telah memenangi banyak anugerah berkaitan termasuk ‘inflight entertainment system’, yang mana mempunyai lebih 3,000 channels hiburan on-demand.

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Tawaran Khas Tiket Penerbangan Emirates Ke Destinasi Impian 2018

Kekal berhubung dengan WiFi Onboard. Dalam pesawat Emirates A380, penumpang Business Class passengers boleh menikmati onboard lounge yang popular. Lagipun Emirates menawarkan saiz bagasi hingga 30 kg untuk Economy Class dan 40kg untuk Business Class.

Apa lagi, masa untuk tempah penerbangan dengan Emirates. Layari www.emirates.com/my.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.