![]() |
Pemandangan indah di Sawahlunto |
Selepas semalam di Grand Rocky Hotel Bukittinggi, kami menuju ke pekan Sawahlunto. Ada lebih 40km lagi perlu kami hadapi melalui bukit bukau dan melalui Pagaruyong. Perjalanan mengambil masa 90 minit dan laluan selekoh berbukit.
Biasanya kalau pakej trip ke Padang – Bukittinggi, selalunya akan keliling sekitar Bukittinggi sahaja, tetapi kami luaskan skop sehingga ke bandar unik Sawahlunto. Apa yang menarik di Sawahlunto, mereka punyai kota lembah dan sejarah perlombongan Arang Batu yang besar di zaman penjajahan Belanda serta tinggalan stesen kereta api pertama di Indonesia.
Hari ke3, kami bermalam di OMA Homestay Sawahlunto di puncak bukit Sawahlunto yang mempunyai 9 bilik. Tunggu entry penuh Sawahlunto, Indonesia.
We do have faith in many of the strategies you’ve introduced for ones publish. These are seriously genuine and may absolutely get the job done. Nonetheless, the actual threads particularly easy for novices. Might you please extend these individuals a little bit through next time frame? Appreciate the particular posting.