Site icon Travel Blogger Malaysia

Teaser Asia Fighting Championship 2017 Marina Bay Sands Singapura

Sukan Tempur dengan pengisian ilmu sukan mempertahankan diri semakin mendapat tempat di hati peminat sukan lasak di Asia. Mungkin sebab itu, ada satu lagi sukan tempur ‘martial arts’ yang menggunakan Muay Thai sebagai asas. Ia dikenali sebagai Asia Fighting Championship. MrJocko nak kongsi sedikit tentang Teaser Asia Fighting Championship 2017 Marina Bay Sands Singapura yang bakal disertai oleh 3 peserta hebat dari Malaysia.

MrJocko berkesempatan untuk singgah dan berbual dengan tiga petinju Muay Thai Malaysia di Gymnasium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Untuk kali pertama, ketiga-tiga peserta dari Malaysia ini akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan Asia Fighting Championship 2017 (AFC) di Singapura pada tarikh 23 September 2017 ini.

Teaser Asia Fighting Championship 2017

asia_fighting_championship_malaysia
Wakil Malaysia ke Asia Fighting Championship 2017 Singapura

Kali ini, Mohd Amirul Ariffin akan bertanding dalam kategori 65kg, Saifullah Ismail akan bertanding acara 60kg, dan kapten pasukan negara, Muhammad Ali Yaakub akan bersaing dalam acara 57kg.

Muhammad Ali yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) baru-baru ini turut tidak sabar untuk beraksi dalam kejohanan AFC2017 kerana ia adalah satu peluang baru kepada beliau dan rakan-rakan beliau untuk sukan martial arts Muay Thai ini di peringkat antarabangsa.

“Selepas Sukan Sea, saya dan rakan-rakan tiada masa untuk berehat dan terus fokus kepada latihan dan kejohanan ini” Muhammad Ali

 

MrJocko akan turut serta menyaksikan perlawanan ini di Marina Bay Sands Singapura, InsyaAllah. Kalau tidak ada aral, MrJocko dan beberapa orang blogger dan rakan media akan terbang ke Singapura pada hari Jumaat 22 September nanti.

 

Teaser Asia Fighting Championship 2017 Singapura

Untuk info, buat pertama kalinya di Singapura, penganjur telah bersedia menyusun kejohanan Asia Fighting Championship (AFC) yang pertama pada Sabtu, 23 September 2017. Buat pertama kalinya, ramai petinju Muay Thai akan beraksi di Marina Bay Sands Singapura.

Asia Fighting Championship (AFC) merupakan satu jenama baru dan konsep yang sepenuhnya diusahakan di Singapura. Ia bertujuan untuk menyatukan negara-negara yang berbeza melalui penyediaan platform sukan tempur ‘martial arts’ profesional untuk mempamerkan bakat dalam sukan di seluruh dunia. 

Tujuan AFC ialah untuk membawa sukan tempur Muay Thai ke tahap yang lebih tinggi di Asia, terutamanya SingapuraAFC akan memulakan kejohanan pertama di Singapura, kemudian ke Kuala Lumpur pada Februari 2018 dan Macau pada Jun 2018, sebelum kembali ke acara finale di ‘homeground’ Singapura pada September 2018. Peminat Muay Thai seluruh Asia khususnya boleh melihat nama-nama antarabangsa dan tetamu kehormatan dalam pertandingan Asia Fighting Championship Muay Thai kelas dunia.

Semua acara antarabangsa dan tempatan akan disokong sepenuhnya oleh Majlis Muay Thai World (WMC), Persatuan Muay Thai Amatur Singapura (AMAS) dan Majlis Sukan Singapura. AFC juga akan melihat pelancaran dua tali pinggang baru, kedua-duanya dihasilkan oleh WMC.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Fanpage Facebook Asia Fighting Championship https://www.facebook.com/asiafightingchampionship atau laman web rasmi mereka di sini http://asiafightingchampionship.com

Mungkin korang nak tahu samada MrJocko minat martial arts atau tidak? Baca sini http://www.mrjocko.com/?s=martial

Exit mobile version