Site icon Travel Blogger Malaysia

Teater Bikers Kental Di Istana Budaya Mengecewakan

Tengah hangat untuk minggu terakhir Januari 2016 ialah persembahan Teater Bikers Kental di Istana Budaya yang dijadualkan bermula 23 Januari – 31 januari 2016. Teater yang digarap dari filem Bikers Kental lakonan Zizan Razak dan Awie ini mulanya memang menarik ramai peminat Zizan Razak dan Awie, tetapi nampaknya ia mengecewakan.

MrJocko berpeluang menyaksikan persembahan Teater Bikers Kental di Istana Budaya pada malam pertama ia dipertontonkan, pada Jumaat 22 Januari 2015. 

Review Teater Bikers Kental Istana Budaya
Review Teater Bikers Kental Istana Budaya

Harga tiket yang dipamerkan untuk Teater Bikers Kental di Istana Budaya ialah RM 305, RM 185, RM 155, RM 95, RM 65 & RM 45. Untuk nilai teater sebegini, harga paling mahal yang MrJocko rasa berbaloi untuk bayar cuma RM95 sahaja. Itu pun sebab ada nama Zizan Razak dan Awie. 

Rata-rata penonton ramai yang gelak dengan lawak dalam Teater Bikers Kental, tambah-tambah lawak ’18SX Zizan dan Awie’ dan beberapa lawak lain lagi yang maybe boleh diklasifikasikan sebagai ’18SX’. Ada juga lawak lain memang MrJocko sendiri terhibur dan gelak besar kerana ia lawak spontan dan memang mencuit hari.

Namun, secara peribadi, persembahan Teater Bikers Kental di Istana Budaya kali ini tidak mempamerkan kualiti teater seperti teater lain di Istana Budaya. Permulaan cerita agak okay, dari masa Zizan mula-mula keluar, sehingga aksi Zizan Razak, Awie dan rakan-rakan ‘ride’ hingga ke Phuket, Thailand. Walaupun scene menunggang motor tu tidak jelas sangat, tetapi ia antara scene yang okay dalam teater Bikers Kental ini.

Bagi peminat motosikal, antara yang kami nak tengok banyakkan scene motorsikal atau yang berkaitan dengan bikers. Mungkin cukup sekadar tayangkan motor-motor hebat dan juga aksi tunggang motosikal.

Bila tiba scene mereka di Kedai Tomyam, ia sudah mula meleret dan umpama persembahan Raja Lawak yang kurang menjadi. Tidak dinafikan, lakonan Zizan Razak dan Awie memang okay, tetapi banyak scene dalam Teater Bikers Kental di Istana Budaya ini memang sudah boleh di duga Klimaks nya.

Antara kelemahan ketara, ialah scene yang terlalu panjang, suara yang memang kurang jelas, ditambah dengan gaya percakapan yang cepat serta ‘pertukaran’ scene, props yang memang ketara tidak kemas.

MrJocko senaraikan antara yang menjadi komen utama MrJocko untuk Teater Bikers Kental di Istana Budaya :

1. Suara pelakon yang kurang jelas (ke aku yang pekak?)

2. Pertukaran Scene yang tidak kemas

3. Scene yang panjang meleret, jadi boring pulak

4. Penari lelaki, harapkan tinggi sahaja, banyak yang masih keras cam pokok kelapa

5. Bikers Kental, tapi secene motorsikal cuma sekitar 25% sahaja?

6. Element citer Polis Evo yang merosakkan jalan cerita Bikers Kental

7. Bidin sampai sudah pakai sehelai TShirt je…

8. Klimaks scene yang mungkin ramai yang boleh agak

9. Zizan Razak, Awie dan Nadia Brian mungkin antara tarikan penonton ke Teater Bikers Kental

Untuk pemberian Bintang bagi Teater Bikers Kental di Istana Budaya, MrJocko mampu beri 2.5 Bintang dari 5 Bintang. Pada awalnya ia tidak la terlalu mengecewakan tetapi melihat kepada harga tiket untuk Teater Bikers Kental di Istana Budaya ini, memang tiba-tiba rasa sesak nafas.

Untuk anda yang nak menilai sendiri persembahan Teater Bikers Kental di Istana Budaya, boleh beli tiket dan tengok sendiri serta nilaikan dengan kualiti yang pernah ada di Istana Budaya.

Selamat Menonton.

Exit mobile version