Menarik Di Teddy Bear Museum Pattaya Thailand
|Apa yang Menarik Di Teddy Bear Museum Pattaya? Banyak!!! Tambah lagi untuk anda yang sukakan teddy bear. Di sini, di simpan pelbagai koleksi anak patung beruang (Teddy Bear) samada yang kecil sehingga yang bersaiz gergasi. Semua ada.
Ada beberapa koleksi Teddy Bear di Teddy Bear Museum Pattaya ini antara koleksi peribadi dan customize, punyai keunikkan tersendiri.
Teddy Bear Museum Pattaya
Kalau orang lelaki macam MrJocko, biasanya Teddy Bear ni jenis yang warna coklat, hitam atau putih. Rupanya, ada banyak jenis Teddy Bear yang menjadi kegilaan perempuan dan kanak-kanak.
Teddy Bear Museum Pattaya merupakan muzium yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia adalah Muzium Beruang Teddy (Teddy Bear Museum) yang baru, yang menawarkan pengalaman bersama anak patung beruang yang berbeza dan tidak sama seperti muzium yang pernah anda melawat.
Nikmati dekorasi dalaman dengan ‘Hero’ utama adalah Teddy Bear yang memenuhi setiap pelusuk ruang dan ‘sudut’. Anda boleh abadikan pengalaman ini dengan mengambil gambar-gambar teddy bear, ‘selfie’ dengan lebih 2,000 Teddy Bear yang ada di dalam muzium ini.
Anda minat Teddy Bear?
Anak patung beruang di sini ada dalam pelbagai saiz, dari saiz kecil ke saiz besar yang setiap daripada mereka akan dimuatkan ke dalam konsep unik dalam setiap zon. Dengan mempunyai 12 zon, gambar dan dekorasi sudut zon mempunyai konsep yang berbeza.
Anda dapat merasakan kemesraan dan kelucuan mereka Teddy Bear, sama ada untuk bergambar, pelukan atau sekadar memegang. Suasana bilik, pencahayaan dan bunyi yang membuatkan kita berasa seperti pergi ke dalam dunia Teddy sebenar. Khabarnya, setiap Sabtu dan Ahad, mereka menyediakan pertunjukan khas Teddy Bear di zon Fairytale.
Selain itu, ada banyak acara kemuncak dalam muzium. Setiap zon akan mempunyai ruang yang cantik untuk mengambil gambar bagi koleksi anda.
Memandangkan di Pattaya, ia lebih kepada tarikan pantai dan laut serta night life, apa kata beri ruang bersama anak-anak atau rakan singgah di Teddy Bear Museum Pattaya ini. Alami pengalaman yang hebat ketika melawat ke Muzium Teddy Bear ini.
Harga tiket masuk ke Teddy Bear Museum Pattaya ini ialah Baht 500 untuk dewasa dan Baht 300 untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 malam.