Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cuba Teka Teki Destinasi Baru AirAsiaX 28 Julai 2015

AirAsiaX akan mengumumkan destinasi baru mereka pada hari ini, 28 Julai 2015 kepada pihak media dan juga kepada semua pelanggan mereka sebagai satu tarikan terbaru. Destinasi baru AirAsiaX ini semestinya lokasi pilihan ramai pelancong kerana ia agak terkenal dan katanya ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Setakat hari ini, ramai yang bertanyakan ke mana agaknya destinasi baru AirAsiaX yang akan diumumkan pada hari ini, 28 Julai 2015. Ia seakan menjadi teka-teki kepada semua. 

Kalau melihat kepada ‘hint’ yang di beri, AirAsia memberi pembayang ‘destinasi Aiskrim’ dan juga gambar ‘beruang dan bunga sakura’. Antara hint lain, ia destinasi makanan ramen yang terkenal. Sebab itu, secara peribadi MrJocko menjangkakan destinasi baru AirAsiaX yang akan di umumkan Julai 2015 ialah kemungkinan ke Negara JEPUN. Namun, destinasi secara spesifik MrJocko tak boleh nak agak, kerana ia mungkin Hokkaido (Sapporo) atau Fukuoka.

 

Baca : Harga Tiket Penerbangan Murah Beli Di AirAsia.com Malaysia

 


Cuba Teka Teki Destinasi Baru AirAsiaX 28 Julai 2015

airasiax_new_route_28_july_04
Destinasi Baru AirAsiaX

AirAsiaX-New-Route-July

 

Ada ramai rakan menjangkakan destinasi AirAsiaX ini adalah ke Sapporo. Tetapi lokasi Sapporo sudah berada dalam senarai destinasi AirAsiaX. Nak teka lokasi Hawaii, ia masih dalam perancangan dan Aiskrim, Beruang dan Bunga Sakura tidak sama sekali sesuai dengan lokasi AirAsiaX Hawaii.

So, untuk dapatkan info yang sebenar tentang pengumuman destinasi baru AirAsiaX yang akan diumumkan pada hari ini, anda boleh dapatkan maklumat di Instagram @MrJocko dan Facebook MrJocko.

Untuk maklumat sepenuhnya, layari laman web www.AirAsia.com.my dan juga Fanpage AirAsia

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.