Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja Perak

Sebelum ini, hanya lihat di kaca TV. Sesekali lihat koleksi tekat benang emas ini di dalam pameran yang dibalut plastik. Tidak sangka, rupanya hiasan cantik ini adalah hiasan yang ditekat dan disulam cantik. Sebab itu, Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja yang mencapai harga ribuan ringgit.

Sekali lihat memang sangat cantik. Berkali-kali lihat, ia nampak sangat unik dan punyai sejarah tersendiri. Ia menjadi satu perhiasan yang cukup sinonim dengan Kerabat Di Raja Negeri Perak. Ini lah tekat, kebanggaan orang Perak.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Kuala Kangsar Perak

 


Menarik Di Perak Camana Buat Tekat Benang Emas

Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja

 

TEKAT benang emas memang cukup sinonim dengan bandar diraja Kuala Kangsar. Ia membayangkan kehalusan dan tinggalan seni warisan Melayu tradisional di negeri Perak yang masih lagi dibuat hingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu, keluarga diraja menjadikan tekat benang emas zaman dahulu kala adalah pakaian mewah dan menjadi pakaian kebesaran dan hiasan golongan bangsawan dan hartawan.

Kini, tekat benang emas biasanya untuk upacara istiadat Rasmi di Istana Perak, majlis kahwin, pertunangan dan beberapa majlis rasmi yang lain. Harga untuk tekat benang emas memang mahal kerana, kerja tangan yang rumit serta memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Tambahan pula, benang emas dan baldu yang digunakan antara bahan-bahan yang mahal.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa sesetengah tekat benang emas yang berkualiti dan tertentu boleh mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit.

 

Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja Tekat Benang Emas Kuala Kangsar Aksesori Mahal Di Raja
 

Orang yang membuat hiasan tekat benang emas ni memang memerlukan minat, konsentrasi, fokus serta keazaman yang tinggi. Bayangkan untuk saiz tekat benang emas yang kecil, ia mengambil masa hingga beberapa hari. Bayangkan saiz pelamin yang memakan masa selama berbulan-bulan.

Ada banyak corak yang biasanya di gunakan untuk tekat benang emas. Namun, kebiasaannya ia mengikut rekaan tradisi turun temurun.

Kalau nak beli hiasan dari tekat benang emas ini, nampaknya kena la simpan duit banyak-banyak. Harga yang dijual, biasanya mencecah nilai dari ratusan ringgit. Paling mahal MrJocko dengar, set lengkat pelamin di raja, mencecah harga RM ratusan ribu ringgit. Wow!!!

Untuk cerita penuh tentang tekat benang emas, tonton rancangan Travelogue “Nota Kembara Bersama MrJocko” di Saluran RTM1 dan Saluran BES1 bermula Disember 2016 nanti.

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 3

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.