Site icon Travel Blogger Malaysia

Teluk Cempedak Kuantan Pantai Cantik Di Pahang

Menjadi satu kemestian kalau travel ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak Kuantan kerana ia adalah lokasi pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini.

Terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandar Kuantan, pantai Teluk Cempedak ini mempunyai pasir pantai yang memutih serta barisan pokok pine dan kelapa yang cantik. Tidak lupa, terletak di satu sudut batu-batu besar yang menjadi salah satu dekorasi di persisir pantai Teluk Cempedak.

Baca : Tempat Paling Popular di Kuantan Pahang

Pantai Teluk Cempedak

Teluk-Cempedak-Kuantan
 

Pantai yang mengadap Laut Cina Selatan menjadi salah satu tumpuan hotel-hotel terbaik di Kuantan. Di sini ada banyak pilihan hotel dari homestay, hotel bajet dan juga hotel bertaraf 5 Bintang. Samada anda travel bajet atau mahukan layanan hotel 5 Bintang, semua ada di sini, di pantai Teluk Cempedak.

Saban hari pantai ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hujung minggu memang lagi ramai dan menjadi tumpuan warga kota. Boleh katakan di sini antara lokasi santai yang paling disukai oleh orang ramai.

 

 

Paling sesuai untuk melawat Teluk Cempedak sekitar bulan Februari hingga Oktober. Waktu ini biasanya air laut akan lebih tenang dan lebih cantik. Namun, bila tiba bulan November hingga Januari, anda masih lagi boleh ke sini untuk aktiviti laut seperti bermain banana boat, kayak dan juga aktiviti surfing.

Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung.

Atau, jika anda mahukan yang lebih santai, nikmati pemandangan pantai yang cantik ini dan nikmati juga makanan yang sedap di sekitar pantai Teluk Cempedak. Semuanya ada di sini dan ia menunggu anda semua sempena dengan kedatangan Tahun Melawat Pahang 2017 #VisitPahang2017

Nota Kaki – Entry ini menyokong Promosi Tahun Melawat Pahang 2017

Exit mobile version