• Wed. Oct 4th, 2023

Tempah Slot Vaksin AstraZeneca Malaysia PWTC 26 Mei 2021

Tempah-Slot-Vaksin-AstraZeneca-Malaysia-26-Mei-2021-01

Tempah Slot Vaksin AstraZeneca Malaysia 26 Mei 2021 Rabu bermula jam 12 tengahari. Selepas melihat tempahan Vaksin AstraZeneca habis dengan cepat pada peringkat pertama bulan lepas, pastinya ramai yang menunggu untuk menempah suntikan vaksin Covid-19 ini secara percuma. Ini peluang anda untuk dapatkannya, segera bersedia untuk tempah slot vaksin, Jangan lambat, nanti terlepas.

Kalau sebelum ini, tawaran untuk menempah Vaksin AstraZeneca bagi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas agak perlahan, tetapi untuk slot kali ini, yang akan dibuka sekejap lagi sekitar jam 12 tengahri hari Rabu, 26 Mei 2021 pasti akan mendapat permintaan yang tinggi.

Baca : Vaksin Untuk Covid-19 di Malaysia

Tempah Slot Vaksin AstraZeneca Malaysia 26 Mei 2021 Rabu

Tempah-Slot-Vaksin-AstraZeneca-Malaysia-26-Mei-2021-01

Vaccination against coronavirus disease at a doctor’s general practice, in Vienna
Gambar : REUTERS/Leonhard Foeger

 

Sebelum ini, ramai yang takut dengan cerita-cerita yang tidak berapa sahih tentang
kesan sampingan Vaksin yang akan membuatkan ramai rakyat agak takut untuk mendapatkannya. Pelbagai sumber yang tidak benar dikongsi di laman sosial membuatkan ia memberi pandangan negatif terhadap vaksin Pfizer, Astrazeneca, Sinovac dan beberapa lagi vaksin virus Covid-19 ini.

Rakyat Malaysia khususnya, diharapkan mendapatkan informasi hanya dari sumber yang disahkan sahaja untuk lebih memahami bagaimana vaksin ini berfungsi dan cara bagaimana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menangani masalah Pandemik CoronaVirus di Malaysia.

Ini adalah statistik manfaat dan risiko yang ada pada Vaksin AstraZeneca Covid-19 terhadap 100000 orang yang telah disuntik. Rujuk laman web VaksinCovid.gov.my

Manfaat dan Risiko Vaksin AstraZeneca Covid-19 Malaysia
Manfaat dan Risiko Vaksin AstraZeneca di Malaysia

 

Untuk kita menentang virus Covid-19, kena ada usaha bagi menghentikan penularan wabak ini. Salah satu cara dengan suntikan vaksin.

Jom sama-sama kita daftar suntikan Vaksin Covid-19, semoga kita di Malaysia akan lebih cepat kembali ke kehidupan seperti sebelumnya.

Pasti kita semua mahu kembali bebas ke sana dan ke sini di dalam Malaysia. Pasti ramai yang rindukan nak ke Masjid solat berjemaah. Ramai juga yang teringin untuk naik kapalterbang bercuti ke negara lain.

Sama-sama kita bantu pihak KKM dan pastikan sokongan kita untuk memutuskan rangtaian Covid-19 di Malaysia.

Maklumat lanjut tentang tempahan vaksin Covid-19 ini boleh anda layari dan tepah slot tersbut di laman web rasmi VaksinCovid.gov.my

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

3 thoughts on “Tempah Slot Vaksin AstraZeneca Malaysia PWTC 26 Mei 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.