Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senang Ke Tempah Tiket Murah AirAsia?

MrJocko terbaca entry semalam di blog kawan MrJocko iaitu bro ZAID berkenaan masalah yang dia hadapi masa untuk membeli tiket Promosi 10,000 Tempat Duduk Percuma AirAsia semalam. Senang ke tempah tiket murah AirAsia? Ada yang tahu tips tempah tiket murah AirAsia kat sini? 

Nampaknya bro Zaid dah dapat harga yang dia nak, Trip dari KLIA ke Kota Kinabalu, memang murah jika hanya berharga RM36 sahaja. Namun, nasib tidak menyebelahi Zaid kerana menghadapi kesukaran ketika mahu membuat bayaran tersebut. Akhirnya, tiket tersebut terlepas dari genggaman beliau. Memang MrJocko akui, kalau diri sendiri pun, akan FRUST.

Senang Ke Tempah Tiket Murah AirAsia 

Tempah Tiket Murah AirAsia 

 

 

Gitu la cabaran yang pernah MrJocko hadapi semasa mula-mula belajar tempah tiket tiket murah Air Asia. Bukan senang nak dapat. Memang cabarannya sangat banyak. Tambah-tambah lagi kalau kita menggunakan Smartphones atau talian internet yang PERLAHAN. Ia mempengaruhi peluang kita untuk cari, pilih dan beli tiket murah tersebut.

Tempah Tiket Murah AirAsia 

Kenapa susah nak cari tiket yang murah dan susah nak pilih tiket tersebut. Kenapa tidak, kalau tiket hanya 10,000 sahaja, tetapi yang online dalam satu masa mungkin melebihi 100,000 orang. Chances kita untuk dapat tempat dan tiket murah mungkin hanya 1% sahaja. So, bro Zaid,,, jangan sedih yer,,, harap lepas ni AirAsia akan buat tawaran lagi 🙂

Sebenarnya senang tempah tiket murah AirAsia. Tapi ada beberapa tips yang perlu korang semua ambil perhatian. Antaranya, jangan la cari tiket murah masa waktu hujung minggu. Memang la susah untuk dapat tiket murah time tersebut. 

Sama juga kalau nak beli tiket murah masa cuti umum, cuti sekolah atau cuti khas. Masa tu kan antara Peak time untuk mereka yang nak travel.

Kalau nak tahu tips beli tiket murah AirAsia dan AirAsiaX mungkin korang semua boleh baca entry yang pernah MrJocko tulis di sini http://www.mrjocko.com/2011/05/tips-tiket-murah-airasia-part1.html

MrJocko boleh buktikan betapa senangnya beli tiket murah AirAsia di sini http://www.mrjocko.com/2013/09/bukti-senang-beli-tiket-murah-airasia.html

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.