Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

Sejak dari bulan November 2019, sudah ramai yang tidak sabar untuk menunggu musim sejuk, khususnya pelancong dari Malaysia yang sukakan percutian Winter. Untuk mereka yang mencari dan bertanya, kat mana nak beli baju sejuk yang bagus, ini satu pilihan untuk anda. Bagi saya, Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur ada banyak di Uniqlo Malaysia.

Memandangkan kita di Malaysia tidak mempunyai limpahan salji, kita tidak begitu fasih dalam menilai pemakaian ketika musim sejuk. Sebab itu, ramai antara kita yang salah membeli winter coat atau baju sejuk ketika melancong di musim salji. Kalau salah pakai, memang seharian akan rasa tidak selesa.

Baca : 10 Tempat Percutian Musim Sejuk Terbaik Eropah

 


Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

Tempat Beli Baju Winter Terbaik di KL
 

Untuk info, baju yang tebal tidak menjanjikan ia boleh memanaskan badan. Ada kala baju yang tebal akan lebih memenatkan kita kerana berat baju tersebut sudah cecah sekitar 3kg – 5kg. Sebab itu, pemilihan winter coat yang sesuai amat perlu untuk keselesaan ketika travel.

Untuk koleksi baju sejuk (winter coat) di Uniqlo Malaysia, ada 3 tahap yang boleh anda pilih. Untuk anda yang tahan sejuk dan ada banyak lemak, Tahap Warm mungkin memadai kalau melancong ke lokasi dengan suhu sekitar 15°C. Namun jika anda tak tahan sejuk, Tahap Extra Warm mungkin pilihan sesuai. Bagi lokasi yang ada salji, dinasihatkan pakai winter jacket (winter coat) yang sesuai kerana ia boleh menjadi terlampau sejuk sehingga 0°C. Jadi, mungkin Tahap Ultra Warm sangat sesuai untuk anda.
 

Tempat Beli Baju Winter Terbaik 02

Tempat Beli Baju Winter Terbaik 03

Tempat Beli Baju Winter Terbaik 04
Baju Winter di Uniqlo

Tempat Beli Baju Winter Terbaik 05

Tempat Beli Baju Winter Terbaik 08
Kedai Uniqlo

 

Paling penting, baju sejuk atau bajuk musim salji di Uniqlo ini ada banyak design dan warna yang menarik. Tambahan pula dengan teknologi mereka, kualiti yang dihasilkan sangat nipis tetapi tahan sejuk. Lebih menarik, ia senang untuk dibawa dan tak perlu ruang yang sangat besar. Jimat ruang untuk anda yang memang perlukan ruang tambahan.

Kalau tidak, biasanya jaket jenama lain akan membuatkan anda rugi ruang sekitar 25% hanya dengan membawa 2 pasang baju sejuk. Berat pulak tu.

Cadangan saya, kalau betul nak cari baju sejuk yang murah, mudah dan selesa, boleh beli di Uniqlo Malaysia sahaja. Ada banyak pilihan dengan harga yang agak murah dan berbaloi.

Oh ya, kalau tak tahan sejuk, jangan lupa beli baju Inner (thermal) yang nipis supaya anda lebih selesa dimusim salji.

Nak lihat banyak lagi koleksi pakaian lain di Uniqlo, boleh layari laman web ini Store Uniqlo Malaysia Online.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.