Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Makan Best Di Bandung Restoran Simpang Raya

Selama MrJocko melawat Indonesia, tak kira di Jakarta, Bandung, Surabaya atau Jogjakarta, makanan yang MrJocko rasakan sedap dan best ialah masakan Padang. Mungkin kerana kita di Malaysia sudah lama sebati dengan masakan Padang yang menjadi salah satu menu kita di Malaysia.

 

Salah satu lokasi tempat makan yang best di Bandung ialah Restoran Simpang Raya. Restoran Simpang Raya menyediakan menu masakan Padang dan mempunyai pelbagai jenis menu untuk hidangan samada sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.

 

 

Restoran Simpang Raya

 

Restoran Simpang Raya Bandung

 

Restoran Simpang Raya Bandung

 

 

Menu yang ada di sini akang dihidangkan di atas meja anda untuk anda pilih. Banyak jenis, bermula dengan ayam goreng, ayam gulai, ayam merah, daging goreng, daging gulai, daging merah, ikan goreng, ikan gulai, lemak kaki sapi, telur, sayur, ulam dan banyak lagi.

 

Tips untuk makan nasi padang yang dihidangkan banyak atas meja mudah sahaja. Pilih menu mana yang anda mahu makan, kemudian jangan sentuh menu yang anda tidak mahu makan. Anda cuma bayar apa yang anda sentuh dan makan sahaja. Jadi, pilih makanan betul-betul. Jangan ambik separuh dan tinggalkan dalam pinggan sebab ia akan tetap di kira dalam bil.

 

 

 

Restoran Simpang Raya Bandung

Tempat Makan Best Di Bandung

 

Kalau ke Indonesia, sudah pasti kena cuba menu masakan Padang di sini. Banyak tempat makan best di bandung. Banyak juga kedai atau restoran menyediakan menu masakan Padang Asli dan memang sedap, jarang kita jumpa di Malaysia. Selamat Berlibur ke Indonesia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.