Lokasi Tempat Menarik di Ho Chi Minh Saigon Vietnam
|Ada banyak lokasi tempat menarik di Ho Chi Minh Vietnam yang boleh korang lawati dengan harga bajet yang murah dan jimat. Bandar utama di Vietna ini sudah lama terkenal bagi kalangan orang Malaysia, sebagai lokasi membeli belah yang sangat murah.
Dalam banyak-banyak tempat di Ho Chi Minh atau Saigon, Vietnam aku sempat pergi ke beberapa tempat sahaja. Plan asal memang nak pergi semua, tetapi percutian 4 hari 3 malam memang tak cukup untuk menikmati pengalaman percutian ke Vietnam yang sebenar.
Baca : Apa Lagi Yang Menarik Tentang Vietnam
Tempat Menarik di Ho Chi Minh Saigon Vietnam
Bagi aku, banyak tempat tempat menarik di Vietnam. Aku hanya sempat singgah di beberapa lokasi sahaja. Antara tempat menarik di Ho Chi Minh yang aku lawat :
1. Benh Thant Market – Gedung pusat jualan barang-barang seperti pakain, gift, aksesori, bag, makanan dan juga peralatan hiasan dalaman. Kat sini boleh kata macam-macam ada. Ben Thant Market pusat membeli belah terkenal di Ho Chi Minh.
2. War Remnants Museum – Muzium yang menyimpan banyak sejarah tentang perang Vietnam. Muzium ini lebih menunjukkan kekejaman askar Amerika.
3. Chua An Lac – Pusat tumpuan pelancong Europe dan banyak guest house di sini. Syurga bagi pelancong Eropah dengan makanan, hiburan dan penginapan yang murah dan selesa.
4. Chu Chi Tunnel – Salah satu keajaiban dunia semasa perang dunia kedua. Gerilla Vietnam dan Komunis menggunakan teknik ini untuk terus bertahan menentang Askar Amerika dan Perancis. Chu Chi Tunnel di Vietnam ni mesti anda lawat untuk lihat kesan sejarah perang Vietnam.
5. An Dong Market – Pusat memborong bagi orang orang di Ho Chi Minh. Tempat ni aku rasa macam ChowKit, tetapi dia tempatkan dalam satu Gedung Bangunan. Banyak barang yang di jual termasuk kain kasang, baju, baju kanak-kanak, kasut, selipar, helmet, aksesori emas sadur tiruan, dan pelbagai jenis aksesori kecil. Harga memang tersangat lah murah.
6. Sinh Tourist – Sebenarnya ni adalah pusat jualan Ground Arrangement, Pakej Lawatan dalam Vietnam dan juga ke Campbodia, serta pakej-pakej travel berkaitan. Kira ini adalah syarikat Tarvel Agent terkenal di Ho Chi Minh. Yang menarik di sini, anda boleh pilih banyak pakej ground yang bersesuaian dengan anda. Menarik jugak la kan? 🙂
Kalau ke Vietnam, korang boleh ke tempat menarik di Ho Chi Minh ni dulu. Kalau dah pergi, baru boleh ke Mekong River dan Pulau Kraftangan. Ambil masa selama 3 hingga ke 4 hari di Vietnam dan anda akan merasai pengalaman terbaik suti-suti anda di Vietnam.
Selamat bercuti ke Ho Chi Minh. Kalau nak murah boleh duduk di Boutique Hotel http://www.mrjocko.com/2012/03/apa-itu-boutique-hotel.html
MrJocko.com
dari ben than nk pg ke a ang market tu jauh x?
Jauh jugak, ambik teksi, murah jer sekitar RM10
Saya akan bercuti ke vietnam juga pd buln 10 ni….boleh saya dapatkan contact number agen yg digunakan…utk rujukan..ni add.email saya apahal1981@gmail.com ,blh tlg email kt add.email tu. Tq
saya booking agent di sana, cuba cari An Lac di entry saya, situ saya ada tulis info pasal pakej ground,,, memang murah beli kat sana