Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Melancong Dalam Malaysia

Tempat Menarik di Kuala Lumpur sememangnya banyak dan setiap orang akan mempunyai definisi destinasi menarik di Kuala Lumpur mengikut pandangan masing-masing. Tak kira lah samada mereka suka ke Shopping Mall, kawasan sejarah atau juga taman-taman tasik yang cantik. Ada banyak pilihan sebenarnya melancong di Kuala Lumpur.

Sempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014, MrJocko akan berkongsi beberapa lokasi dan tempat menarik di Kuala Lumpur mengikut pandangan sendiri. Destinasi ini antara destinasi mesti lawat kalau datang ke Kuala Lumpur.

Baca : Apa Yang Menarik di Kuala Lumpur

 


Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

1. Menara Berkembar KLCC

Menara Berkembar KLCC atau dikenali juga sebagai Twin Tower KLCC Petronas ini merupakan bangunan yang tertinggi di Malaysia dan tertinggi di dunia bermula selepas pembukaannya pada tahun 1998 sehingga tahun 2004.

 

Menara Berkembar Petronas KLCC dibina bermula 1 Mac 1993 dan siap pada 1 Mac 1996. Mula dipenuhi dengan pejabat-pejabat korporat termasuk Petronas bermula 1997 dan mempunyai ketinggian 88 tingkat. Terdapat jambatan yang menghubungi dua menara ini yang dikenali sebagai Skybridge.

 

Tiket masuk ke Skybridge KLCC ialah :

Dewasa Tanpa MyKad = RM50

Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM25

Dewasa MyKad = RM25

Kanak-kanak MyKid = RM25

 

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

2. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur siap pada Mac 1995 yang mana ia merupakan menara tertinggi di Malaysia. Ia dibina untuk tujuan antena komunikasi setinggi 421 meter. Ia mempunyai 4 lift elevator yang boleh membawa anda naik ke puncak menara dengan cepat.

 

Tiket masuk ke Menara KL :

Dewasa Tanpa MyKad = RM47

Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM27

Dewasa MyKad = RM29

Kanak-kanak MyKid = RM19

 

tempat-menarik-di-kuala-lumpur

3. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Birds Park mempunyai keluasan sehingga 21 ekar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Tasik Perdana. Lokasinya sangat strategik dan amat sesuai untuk kita lawati, dekat dan mudah.

KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai sekitar 200 spesis burung yang pelbagai. 90% dari burung di sini adalah burung-burung yang terdapat di Malaysia, manakala selebihnya adalah spesis burung import dari seluruh negara untuk tatapan pelancong. 

Tiket Masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur :

Dewasa Tanpa MyKad = RM48

Kanak-kanak Tanpa MyKid = RM38

Dewasa MyKad = RM25

Kanak-kanak MyKid = RM12

 

 

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

4. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka terletak juga di tengah bandaraya Kuala Lumpur berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di Dataran Merdeka inilah buah kali pertama bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 selepas kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.

Di sini selalu diadakan sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun dan banyak acara-acara besar dianjurkan di sini. Paling sesuai kalau nak ke sini ialah pada waktu malam, menikmati keindahan Skrin Besar dan lampu-lampu sekitar Dataran Merdeka.

 

tempat-menarik-di-kuala-lumpur

5. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan ini di ambil nama sempena dengan Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ketika pembinaannya. Apa yang menarik ialah struktur bangunan ini yang unik dan berdasarkan rekabentuk Mughal. Dulu bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan dan kini ia menjadi bangunan sejarah dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Bila malam, limpahan lampu kat sini sememangnya cantik dan menyinar sekeliling termasuk Dataran Merdeka.

tempat-menarik-di-kuala-lumpur

6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ialah binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat unik dan cantik. Ia siap dibina pada tahun 1910 dan ia masih utuh sehingga hari ini. Ia menjadi hub pengantara antara pengangkutan awam, sebelum ia beralih ke KL Sentral pada tahun 2001.

 

Pun begitu struktur bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini memang cantik dan anda akan terpesona dengan rekaan bangunan yang mempunyai rekaan Moorish, Mughal, Indo-Saracenic yang ada persamaan dengan banguna-bangunan di India.

 

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

7. Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara ialah National Monument yang dibina bagi mengingati jasa-jasa pengorbanan pahlawan negara yang telah gugur di medan perang demi memartabatkan negara Malaysia dari cengkaman penjajah sewaktu zaman Perang.

 

Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tugu Negara ini siap dibina pada tahun 1966. Lokasi berdekatan dengan Tasik Perdana dan juga Taman Burung Kuala Lumpur.

 

Tempat Menarik di Kuala Lumpur Istana Negara

8. Istana Negara

Satu lagi lokasi wajib singgah kalau di Kuala Lumpur ialah Istana Negara, Jalan Duta. Ia merupakan Istana baru dan kediaman rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri. Istana baru ini yang terletak di Jalan Duta siap dibina pada tahun 2011 menggantikan Istana Negara lama, di Jalan Istana.

Anda boleh melihat betapa tersergam indahnya Istana Negara dan bergambar bersama Pengawal Istana. Kalau nak masuk dan melihat pemandangan Istana, anda boleh ke Istana Lama di Jalan Istana. Ia juga antara tempat menarik di Kuala Lumpur

 

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

9. Jalan Tunku Abdul Rahman

Sekiranya anda seorang yang suka membeli belah, anda boleh ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Di sini pelbagai jenis barangan ada dijual terutamanya kain, tudung dan kedai-kedai makan. Sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman akan meriah menjelang hujung minggu sehingga ke malam Ahad. Sepanjang jalan di bahagian lorong Tunku Abdul Rahman ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan murah dan pelbagai pilihan.

 

tempat-menarik-di-kuala-lumpur

10. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion ialah gedung membeli belah terkemuka dan paling terkenal di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Bukit Bintang yang sememangnya menjadi kawasan ‘SegiTiga Emas’ di Kuala Lumpur. Gedung membeli belah yang menyediakan butik eksklusif seleuruh dunia ini merupakan gedung membeli belah untuk golongan elit kerana hampir kesemua butik di sini menjual produk berkualiti dan mahal dari seluruh dunia.

Kini Pavilion menjadi lokasi pengunjung yang turut sama berminat dengan rekaan bangunan Pavilion KL yang nampak mewah dan eksklusif dari luar. Di buka pada tahun 2007 dan ia mempunyai lebih dari 1.4 juta kaki persgi yang menempatkan gedung membeli belah, bangunan pejabar, kondo kediaman dan juga hotel.

Banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda teroka dan setiap lokasi ini punyai keunikkan dan daya tarikan sendiri. Jom bercuti di dalam negara Malaysia dan sokong industri pelancongan tempatan. Jom Cuti #DekatJer Tourism Malaysia

Ada lagi banyak yang menarik di Kuala Lumpur. Baca Tourism Malaysia www.mrjocko.com/tag/tourism_malaysia

16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.