Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

Satu lagi destinasi wajib lawat kalau ke Osaka Jepun. Sudah pasti mesti ke Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel yang terletak kira-kira 15 km dari Osaka Station. Kalau korang nak drive, ia makan masa sekitar 20 minit. Kalau nak mudah, naik saja subway dan ia akan bawa sehingga ke Osakajo Station dalam masa 25 minit.

Tempozan Ferris Wheel ini semakin menjadi tumpuan pelancong kerana nama kemegahannya. Ia adalah Ferris Wheel terbesar di Jepun dan menjadi ikon kawasan Osaka Port. Dari jauh lagi, sudah kelihatan Tempozan Ferris Wheel ini.

Baca : Apa Yang Menarik Di Osaka Jepun

 


Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

 

Sedikit info tentang Tempozan Ferris Wheel. Ia terletak di sebelah dengan Tempozan Marketplace atau lebih dikenali dengan nama Tempozan Harbor Village. Bersebelahannya juga ada satu lagi destinasi pelancongan menarik di Osaka iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan, antara satu akuarium terbesar di dunia.

Tempozan Ferris Wheel di Osaka mempunyai ketinggian 112.5 metres (369 ft) dan lebar diameter sepanjang 100 metres (330 ft). Sebab itu, ia menjadikannya Ferris Wheel terbesar di Jepun setakat ini.

 

Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

 

Tempozan Ferris Wheel ini mula dibuka pasa 12 Julai 1997. Bermakna, ia sudah mencapai ulangtahun ke 2o tahun di Osaka.

Satu pusingan untuk menaiki Tempozan Ferris Wheel ini memakan masa selama 17 minit. Bermakna, jika korang naik Ferris Wheel ini, hanya sekali pusingan sahaja untuk sekali bayaran.

Sepanjang korang berada dalam kapsul Tempozan Ferris Wheel ini korang boleh melihat pemandangan cantik sekitar Osaka Bay dan juga termasuk Mount Ikoma, Akashi Kaikyō Bridge, Kansai International Airport dan juga Rokko Mountains.

Uniknya Tempozan Ferris Wheel di Osaka ini, warna pada ‘wheel’ ini berubah-rubah. Ketika siang, ia menjadi ‘weather forecast’ untuk hari keesokkannya. Warna Jingga menunjukkan hari cerah, warna hijau menunjukkan mendung dan warna biru menunjukkan hari hujan.

 

Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

 

Tetapi bila malam, kemeriahan lampu warna warni di wheel Tempozan Ferris Wheel ini sangat cantik. Pelbagai warna menyinari sekeliling bulatan ferris wheel ini dan membentuk beberapa perkataan yang menarik.

Tak sia-sia MrJocko singgah di tempat menarik di Osaka ini. Sebab itu, Tempozan Ferris Wheel ini adalah destinasi yang wajib korang lawat kalau melancong ke Jepun.

 

Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel Tempat Menarik Di Osaka Tempozan Ferris Wheel

 

Nak ke sini, boleh beli terus Osaka Amazing Pass. Dapat naik subway unlimited dan masuk ke Tempozan Ferris Wheel secara PERCUMA. Selain dari naik ferris wheel, korang boleh lepak atau shopping di Tempozan Marketplace yang terletak bersebelahan. Di sini juga ada Akuarium dan juga Mini Legoland.

Boleh baca bagaimana MrJocko beli Osaka Daily Subway Pass di sini :-

Harga Osaka Daily Subway Pass Cuma 600 Yen Untuk Seorang

 

Maklumat lanjut tentang Osaka Amazing Pass boleh baca di laman web rasmi mereka http://www.osaka-info.jp/en/plan/practical_information/travel_passes/osaka_unlimited_pass.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.