Tempat Menarik Di Perth Western Australia
|Sebelum ini, ramai yang ingin melancong ke Australia. Pilihan mereka selalunya ialah Sydney, Gold Coast dan Melbourne. Mungkin ramai yang nampak banyak menarik di sana. Tetapi sebenarnya, di Western Australia seperti di Perth juga mempunya banyak tempat menarik untuk anda kunjungi. Cuba Google carian ‘tempat menarik di perth’ dan anda akan jumpa banyak lokasi menarik di Perth yang mungkin anda tidak pernah dengar.
Antara yang mungkin anda boleh lihat ialah lokasi caversham wildlife park yang memang terkenal dan terletak berdekatan dengan pusat bandar Perth. Di sini, ada banyak pilihan untuk anda termasuk peluang melihat dari dekat haiwan yang sinonim dengan Australia iaitu Kanggaru, Wombat, Kaola, Possum dan banyak lagi.
Baca : Cerita Menarik di Australia
Tempat Menarik Di Perth Western Australia
Tempat Menarik Di Perth
Tidak kurang juga, di Perth, ada banyak National Park. Antara yang menjadi pilihan ialah Pinnacles National Park yang mana lokasi batu-batu tunggal yang kini menjadi tumpuan pelancong. Walaupun ia berada agak jauh dari Perth, perjalanan ke sana agak menarik. Tambahan lagi, anda mungkin akan suka jika singgah di pertengahan jalan bermain dengan ‘Bukit Pasir’ dikenali sebagai Lancelin Sand Dunes. Kat sini, anda boleh teroka pasir yang setinggi bukit samada mahu geongsor, menaiki Kenderaan ATV ataupun mungkin Bas?
Di sebelah bawah, mungkin anda berminat untuk ke Margaret River menyaksikan pemandangan perkampungan yang menarik. Ada yang kata mesti singgah di sini. Sebab apa? Nanti MrJocko siasat apa yang menarik di Margaret River Western Australia.
Fish and Chips adalah menu yang menjadi pilihan jika di Western Australia, tambah-tambah di Perth. Mesti cuba dan antara lokasi kedai Fish and Chips terbaik di sini ialah di Fremantle Perth. Katanya ia kawasan pelabuhan tradisi dan terkenal sejak dulu. Paling meriah, kalau nak ke sini ialah pada hujung minggu.
Banyak lagi yang menarik jika nak cerita tentang tempat menarik di Perth Western Australia ini, namun ia bergantung kepada minat dan cara anda travel. Kalau sukakan ‘nature’ MrJocko rasa Perth antara lokasi yang anda mesti lawat di Australia.
Nota Kaki : Kredit Gambar Google