Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Menarik Di PyeongChang Stadium Utama Korea

Sebut Korea Selatan, ramai yang hanya kena ibu negara Seoul, Busan dan Jeju Island. Tetapi sebenarnya ada banyak tempat menarik di Korea Selatan. Antara yang korang tak perasan ialah Wilayah Gangwon. Di sini ada banyak Tempat Menarik Di PyeongChang Stadium Dan Destinasi Pelancongan.

Kalau nak tahu, Winter Olympic 2018 akan berlangsung di PyeongChang yang terletak di dalam Wilayah Gangwon. Ia adalah wilayah yang dikelilingi oleh gunung ganang dan bila tiba musim sejuk, musim luruh dan musim bunga (winter, autumn, spring) ia berubah menjadi destinasi yang cantik dan menarik.

Baca : Tempat Menarik di Seoul Korea Selatan Wajib Singgah

tempat menarik di pyeongchang

 


Tempat Menarik Di PyeongChang Stadium Utama

tempat menarik di pyeongchang
 

Pyeongchang-gun (平昌郡) adalah salah satu daerah yang terkenal di Gangwon province di Korea Selatan. Ia terletak dikawasan pergunungan Taebaek Mountains. Kalau nak diikutkan jarak, ia terletak sejauh lebih kurang 180 km dibahagian timur Seoul.

Ia semakin terkenal kerana kali ini, Pyeongchang akan menjadi Tuan Rumah kepada antara sukan terbesar dunia iaitu 2018 Winter Olympics dan 2018 Winter Paralympics.

Antara lokasi dan destinasi pelancongan yang akan menjadi tarikan pada waktu Winter Olympic 2018 di PyeongChang nanti ialah stadium termasuk Pyeongchang Olympic Stadium, Alpensia Biathlon Centre, Alpensia Ski Jumping Centre, Alpensia Sliding Centre, Alpensia Cross-Country Skiing CentreYongpyong Alpine Centre dan juga Bokwang Phoenix Snow Park.

Ini semua adalah persediaan Korea Selatan untuk menjadi tuan rumah kepada Winter Olympic 2018

http://www.mrjocko.com/2017/03/persediaan-winter-olympic-pyeongchang-2018.html

 

Tempat Menarik di PyeongChang Stadium

tempat menarik di pyeongchang
Yongpyong Alpine Centre
tempat menarik di pyeongchang
Alpensia Ski Jumping Centre
tempat menarik di pyeongchang
Alpensia Sliding Centre

Jadi, kalau dah sampai PyeongChang, mesti lawat tempat menarik di PyeongChang yang menjadi ikon di Wilayah Gangwon ini. Ada banyak destinasi yang boleh korang tujui termasuk tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik seperti di Samyang Ranch dan Daegwallyeong Sheep Farm.

 

tempat menarik di pyeongchang tempat menarik di pyeongchang

 

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Korea

Selain itu, untuk rakan yang beragama Buddha, mungkin Woljeongsa Temple ini akan menjadi pilihan korang. Ia antara temple terkenal di PyeongChang yan gsering dikunjungi pelancong luar negara.

Unik di sini sebab diorang ada membuat pakej seperti ‘Temple Stay‘ untuk mereka yang berminat untuk merasai kehidupan ditengah pergunungan seperti ini.

 

tempat menarik di pyeongchang

 

Jika korang berminat nak belajar memasak makanan tradisional masyarakat Korea Selatan boleh datang untuk melihat sendiri dan belajar di Jeonggangwon. Ada banyak menu yang boleh korang belajar dan ia antara resipi turun temurun dan asli ada di sini.

 

tempat menarik di pyeongchang

 

Yang pasti, jika dah sampai di PyeongChang, ambil masa untuk bermain ski di Yongpyong Resort. Memang best. Ia satu pengalaman baru untuk semua. Tambah lagi, kita di Malaysia tidak punyai salji dan juga trek gelunsur untuk bermain ski seperti ini. MrJocko berani jamin, anda akan tidak puas bermain salji di PyeongChang.

 

tempat menarik di pyeongchang

 

 

Jangan risau, tidak lama lagi perjalanan dari Seoul ke PyeongChang dan Wilayah Gangwon akan bertambah mudah dengan adanya jaringan Keretapi laju yang akan diuruskan oleh pihak syarikat Korea Train eXpress (KTX). Ia akan membuatkan anda lebih senang untuk travel ke Wilayah Gangwon dengan pakej harga tiket yang murah.

Kalau nak lebih jimat boleh naik perkhidmatan bas yang memang ada dari Seoul menuju ke Wilayah Gangwon setiap hari.

Apa lagi, jom explore Korea Selatan dan Imagine Your Korea di Wilayah Gangwon.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.