Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Macam-Macam Tempat Menarik Di Sarawak Cultural Village

Macam-Macam lokasi Tempat Menarik Di Sarawak Cultural Village yang sempat MrJocko dan Crew rakam ketika menjalani penggambaran di sana bulan Oktober 2016 yang lepas. Kampung Budaya Sarawak ini sememangnya terkenal dalam Malaysia dan ia antara lokasi popular pelancong jika berkunjung ke Sarawak.

Ini mungkin antara “Muzium Hidup” yang terbaik di Asia Tenggara. Kampung Budaya Sarawak ini menggabungkan pamerak sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina dengan sedikit unsur pendidikan dan sebahagian daripada persembahan teater untuk membuat ekstravaganza pelbagai budaya yang unik.

 


Tempat Menarik Di Sarawak Cultural Village

Tempat Menarik Di Sarawak Cultural Village
Kampung Budaya Sarawak

 

Bertempat di Kampung Budaya Sarawak, ada tujuh (7) buah rumah tradisional yang unik. Rumah ini antara rumah tradisional yang paling banyak terdapat di Sarawak. Rumah-rumah ini di dirikan di tapak seluas 17 ekar.

Jika anda singgah di sini, ia umpama anda melawat seluruh negeri Sarawak dalam masa sehari. Cultural village ini akan memberikan anda pengenalan tentang kehidupan masyarakat di Sarawak, budaya, kepercayaan dan juga ativiti kehidupan mereka sebagai pribumi Sarawak.

 

sarawak cultural village

sarawak cultural village sarawak cultural village

 

Antara yang wajib anda singgah ialah rumah Orang Melanau, rumah Orang Melayu, rumah kebun Orang Cina, rumah panjang Orang Bidayuh, rumah panjang Orang Iban, rumah panjang Orang Ulu dan juga rumah Kaum Penan.

Selain itu, ada beberapa persembahan yang boleh anda lihat di Kampung Budaya Sarawak. Ia akan dipersembahkan di dewan yang luas dan anda boleh menyaksikan sendiri beberapa persembahan tradisi yang menarik untuk semua pengunjung.

 

sarawak cultural village

sarawak cultural village

 

Harga tiket masuk ke Sarawak Cultural Village ini ialah RM50 bagi Dewasa dan RM25 untuk Kanak-kanak. Jika anda inginkan pakej bersama dengan makan tengahari, anda dikenakan RM75 untuk Dewasa dan RM40 untuk Kanak-kanak.

Lokasi Sarawak Cultural Village berada agak jauh dari Kuching. Oleh itu, anda dinasihat menggunakan perkhidmatan Teksi atau memandu sendiri ke lokasi tersebut. Kalau dari bandar Kuching, anda perlukan 30 minit untuk sampai ke sana.

Andai anda bercadang nak menginap di sekitar kawasan ini, anda boleh memilih untuk merasai pengalaman menginap di Damai Beach Resort. Nak baca pengalaman menarik menginap di Damai Beach Resort, boleh baca entry Travel Blogger Malaysia MrJocko sebelum ini 🙂

Ini sebahagian dari perjalanan Travelogue Show MrJocko untuk RTM terbitan Luncai Emas. http://www.mrjocko.com/2016/10/nota-kembara-bersama-mrjocko-teaser-1.html

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

 

http://www.mrjocko.com/2013/01/review-hotel-damai-beach-resor.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.