Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

I’m Back For The Story Tempat Menarik di Semporna

Tempat Menarik di Semporna, Sabah. Kali ni aku nak buat come back macam dulu,,, jadi “blogger” amatur, Menulis untuk suka-suka sambil share citer dengan kengkawan. Tak perlu menulis sebaik reporter kan? Cukup korang paham sudah la. Paling penting, gambar kena ada untuk bagi korang feel tentang cerita travel.

Aku mula dengan cerita cuti ke Tawau, Semporna dan pulau-pulau sekitarnya. Nak kongsi tentang tempat menarik di Semporna. Masa mula-mula nak pegi travel, semua tanya, apa yang menarik kat TAWAU? Sah ramai yang tak tahu pasal Tawau dan Semporna. Bila aku cerita pasal Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Sibuan, Gaya, Bum Bum dan banyak lagi, ramai yang mula angguk kepala

Pada yang suka view dan landskap macam aku, sini la korang akan rasa best, tenang dan aman,,,

Baca : Tempat Menarik di Sandakan Sabah Tempat Makan Seafood Murah

 


Tempat Menarik di Semporna Sabah


 

 

Untuk anda yang suka makan makanan laut atau seafood, di sini memang heaven of seafood. Dengan harga yang murah dan macam-macam jenis seafood boleh dapat seperti Ketam, Udang, Sotong, Ikan Kerapu, Siakap dan macam-macam lagi…

 

Aku duk chalet average jer, Dragon Inn. Dekat dengan town dan mudah nak ke pulau. Overall, memang best dan ada peluang aku nak pegi lagi sebab masa tu tak sempat nak ke Sipadan. Permit satu hal, duit pun satu hal,,, hehehe,,,

 

Lain kali jom ke Sipadan… sementara tu layan gambar kat atas yer. Tu trip dengan bot ke Pulau Sibuan, Selakan, BumBum dan sekitarnya. Banyak yang menarik di Semporna.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.