Tempat Menarik Di Sukabumi Indonesia Menakjubkan
|Indonesia memang terkenal dengan landskap pemandangan yang cantik. Banyak lagi destinasi menarik di negara Garuda ini belum diterokai dan menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan yang menarik, termasuk destinasi yang semakin terkenal ini. Ini dia, saya kongsi beberapa lokasi, Tempat Menarik Di Sukabumi Indonesia Menakjubkan.
Saya, tidak pernah sampai di kawasan Sukabumi, Indonesia. Namun, sudah bertahun mendengar destinasi ini menawarkan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh peminat landskap dunia dengan menawarkan hutan, aktiviti serta menu makanan yang unik berbanding negara Asia lain.
Baca : Banyak Lagi Tempat Menarik di Indonesia
Tempat Menarik Di Sukabumi Indonesia Menakjubkan
Sebenarnya, lokasi ini semakin popular dikalangan pelancong Indonesia sendiri dan kalau nak tahu, ada 12 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan di Sukabumi, baca sini.
Dari pengamatan saya, antara yang menarik perhatian saya di Sukabumi ialah pilihan Air Terjun yang banyak dengan landskap yang sangat cantik. Paling terkenal ialah Air Terjun Curug Cimarinjung Sukabumi Indonesia.
.
Kata mereka yang pernah ke sini, ia bagaikan satu kawasan sejuk dengan tempias air terjun yang nyaman. Umpama mimpi, kawasan ini menawarkan ketenangan yang sebenar.
Untuk anda yang sukakan pantai dan laut, mungkin boleh singgah untuk segarkan mata anda di Ciletuh-Palabuhanratu Unesco Global Geopark Sukabumi. Dengan laut membiru, ada limpahan sampan tradisional di laut membuatkan ia satu pemandangan yang jarang sekali ada di tempat lain.
Bagi mereka yang aktif, nak rasa berjalan di Jambatan Gantung, boleh ke Situgunung Suspension Bridge. Kat sini, jambatan ini menakjubkan sesiapa sahaja. Ambik masa untuk hirup udara segar sambil menikmati pemandangan hutan yang asli.
Ada satu lagi Geopark yang dikelilingi hutan mungkin menarik minat anda. Ia berlatarbelakangkan sawah padi dengan hutan asli, diberi nama Geopark Ciletuh. Pernah dengar???
Sedikit Tips Travel kalau nak melancong ke Sukabumi. Lokasi menarik ini berada di kawasan West Java Indonesia, lebih kurang 5 hingga 6 jam perjalanan dari Jakarta dan 4 hingga 5 jam dari Bandung. Lokasi ini untuk mereka yang minat alam semulajadi.
Andai anda nak ambil penerbangan ke Jakarta, boleh naik bas ataupun keretapi ke Sukabumi. Tetapi, kalau dari Bandung, hanya boleh ke sini menggunakan kereta atau bas sahaja.
Pastikan anda memilih Tour Guide dan Pemandu yang memang kenal dengan Sukabumi. Ini kerana, kalau salah pilih, banyak lokasi Unseen Indonesia di Sukabumi tidak dapat anda terokai. Rugi kan???
Nak lihat banyak lagi gambar-gambar menarik di Sukabumi atau tempat-tempat lain yang menarik di Sukabumi, boleh layari laman Instagram @VisitSukabumi
Kredit Gambar : Tourism Indonesia dan Instagram VisitSukabumi