Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Menarik Di Surabaya Indonesia Wajib Lawat

Esok jam 9.45 pagi MrJocko akan beruang kat ke Surabaya, Indonesia. Apa yang best di Surabaya? MrJocko sempat buat survey sikit dan dapat buat sedikit maklumat bahawa ada banyak tempat menarik di Surabaya yang perlu anda lawati jika ke sana.

Tempat Menarik Di Surabaya

 


Antaranya Tempat Best di Surabaya Indonesia ialah :

Gunung Bromo

Gunung ini walaupun bukan puncak tertinggi di kawasan ini tetapi ia sangat terkenal dengan keindahan pemandangan nya. Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif di ketinggian 2,329 meter dan menjadi pilihan ramai pelancong kalau ke Surabaya.

 Tempat Menarik Di Surabaya

Tempat menarik di Surabaya
Tempat Menarik Di Surabaya

Tempat menarik di Surabaya
Tempat Menarik Di Surabaya Indonesia

7nbsp;

Jembatan Suramadu

Bukan hanya di Palembang sahaja yang memiliki jembatan megah, tapi Surabaya juga punyai Jambatan Suramdu. Di sini, ada jambatan terkenal yang bernama Jembatan Suramadu. Jembatan ini dibuka secara rasmi pada tahun 2009 dengan panjang sekitar 5.438 meter dan lebar sekitar 30 meter.

Selain menjadi penghubung antara Surabaya dan Madura, Jambatan ini menjadi salah satu ikon di Surabaya. Untuk merentasi jambatan ini, pemandu kereta harus membayar sebanyak Rp 30,000 (RM10) dan penunggang motor harus membayar Rp 3,000 (RM1). Anda boleh menikmati pemandangan Selat Madura yang indah dari jambatan ini.

 

Masjid Cheng Hoo

Salah satu bangunan unik yang ada di Surabaya ialah Masjid Cheng Hoo. Ia memiliki bentuk campuran antara gaya arkitektur Arab, China dan Jawa. Masjid berbentuk menyerupai kelenteng ini berada di kawasan kompleks Gedung Serba Guna Pembina Imam Tauhid Islam Jawa Timur, Jl Gading No 2, Surabaya. Masjid ini di bina kerana ingin mengenang jasa Laksamana Muslim dari China yang bernama Laksamana Cheng Hoo, di atas jasanya menyebarkan Islam ke Nusantara.

 

Monumen Kapal Selam

Kalau mahu mencuba sesuatu yang menarik ketika melancong ke Surabaya, anda boleh kunjungi Monumen Kapal Selam yang ada di tengah Kota Pahlawan ini. Monumen yang juga merupakan museum ini adalah kapal selam KRI Pasopati 410 yang dibuat pada tahun 1952.

Anda hanya perlu membayar Rp 5.000 untuk masuk ke Monumen Kapal Selam ini dan menikmati pengalaman yang berbeza. Ada beberapa ruangan yang boleh anda dijelajahi seperti ruang listrik, ruang periskop, sehingga ke bilik khusus kapten.

 

Museum 10 November

Muzium ini di bina untuk memperingati Peristiwa 10 November 1945 di Surabaya. Ini adalah perang pertama semenjak Kemerdekaan Indonesia. Untuk mengabadikan peristiwa ini, Surabaya membangun Museum 10 November yang berada di Jl Pahlawan. Muzium ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang pada hari Isnin, pukul 3.00 petang pada hari Selasa hingga Khamis dan pukul 1.00 petang pada Jumaat hingga Ahad.

 

Ciputra Waterpark

Ia merupakan satu taman tema air yang terbesar di Indonesia. Ciputra Waterpark yang berada di kawasan Citraland, Surabaya memiliki kawasan taman tema air seluas 5 hektar. Di sini, pengunjung boleh mencuba permainan terkenal iaitu Roc Tower. Gelongsor setinggi 15 meter ini akan membuat anda berteriak dengan gembira. Bagi hari Selasa hingga Jumaat, tiket masuk waterpark ini adalah Rp 55,000, sedangkan hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum adalah antara Rp 70,000 hinggan Rp 75,000. Pada hari biasa, waterpark ini buka pukul 1.00 petang hinggan 7.00 malam dan hujung minggu ia dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

 

Pasar Turi

Makan sambil berbelanja, Pasar Turi tempatnya. Pasar ini menawarkan beragam kedai dengan harga yang murah. Pasar ini punya kisah unik kerana telah beberapa kali dilahap api namun tetap boleh berdiri teguh. Setiap hari, pasar ini selalu didatangi pengunjung, tak pernah sepi sedikitpun.

 

Jembatan Merah

Jembatan Merah bukan sekadar jambatan yang menghubungkan antara Jalan Rajawali dan Kembang Jepun, tetapi ia lebih dari itu. Ini adalah jambatan bersejarah yang telah terbina sejak zaman Kolonial dahulu. Jambatan ini dulunya dibangun atas kesepakatan Sultan Pakubuwono II dengan VOC tahun 1743 lalu.

Sekitar tahun 1890, pembatas jambatan yang tadinya terbuat dari kayu diganti menjadi besi yang masih bertahan hingga kini. Di sekitar jambatan, ada beberapa bangunan peninggalan Belanda yang menambah kental suasana Kolonial.

Nampaknya memang banyak tempat menarik di Surabaya, Indonesia. Samada sempat atau tidak, masih dalam perancangan kerana untuk trip kali ini hanya berada 2 hari sahaja di Surabaya dan kemudian akan ke Yogjakarta. IsyaAllah, kalau berkesempatan memang mahu ke tempat menarik di Surabaya ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.