Site icon Travel Blogger Malaysia

Mesti Lawat Tempat Menarik Di Yogyakarta Indonesia

Yogyakarta, bandar penuh keistimewaan dengan pelbagai tempat pelancongan terbaik di dalamya. Terdapat banyak cerita sejarah, pelancongan alam semulajadi, pelancongan makanan, sehingga tempat hiburan yang menarik ada disini. Sebab itu ada banyak Tempat Menarik Di Yogyakarta Indonesia.

tempat menarik di Jogjakarta

 


MrJocko nak kongsi antara 5 tempat menarik di Yogyakarta (Jogjakarta) yang harus anda kunjungi. Tempat ini mempunyai keistimewaan dan begitu dikenali oleh pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Mesti Lawat Tempat Menarik Di Yogyakarta Indonesia

1.Candi Borobudur

Candi borobudur, struktur bangunan terbaik yang pernah menjadi 7 keajaiban dunia. Ia satu bangunan kuil Buddha yang begitu megah, tempat kegemaran dan destinasi utama pelancong dalam negeri dan pelancong asing kalau datang ke Jogjakarta. Peminat fotografi dan kemahiran fotografi begitu meminati landskap di kuil yang dibina pada abad 8 dan 9 pada masa pemerintahan wangsa Syailendra yang miliki bangunan yang begitu istimewa dan begitu dikenali oleh pelancong asing se dunia.

Candi Borobudur ini terdiri dengan bangunan enam teras berbentuk bujur sangkar diatasnya terdapat 3 pelataran melingkar. Di dinding dihiasi dengan relief sebanyak 2,672 panel dan terdapat sebanyak 502 Arca Buddha. Lokasi ‘Stupa’ utama terletak di tengah-tengah dan merupakan yang terbesar, dikelilingi 72 ‘stupa’ berlubang yang didalamnya ada arca Budha yang tengah duduk bersila. Kuil Borobudur menjadi salah satu tempat yang perlu anda kunjungi apabila berkunjung ke Yogyakarta. Lokasi ya di daerah Magelang, perjalanan selama 1 jam 30 minit dari bandar Yogyakarta.  

2. Malioboro

Di sini tempat berkumpul ramai seniman jalanan dan bakat-bakat seni. Ada yang bermain gitar, seruling, viola dan bermacam alat muzik lain. Di sini juga banyak penjual yang menjual peralatan seni seperti gitar dan alat muzik lain. Lokasi Malioboro menjadi tarikan pelancong, lebih-lebih lagi di waktu malam. Malioboro tempat yang harus anda lawati semasa berada di Yogyakarta, tak lengkap percutian anda ke Jogja tanpa datang ke tempat pelancongan kebanggaan bandar Yogyakarta.

Jalan Malioboro – http://www.mrjocko.com/2016/01/jalan-malioboro-yogyakarta-di-waktu-malam.html


3. Raminten

Unik, sederhana tapi mewah, tradisional dan luar biasa, itulah rumah Raminten, rumah dari pelbagai masakan, minuman dan makan unik, dan tak cuma unik rasanya tetapi sangat istimewa. Rumah raminten merupakan tempat makan dan café yang unik. Nama-nama makanan ataupun minuman yang belum pernah anda dengar sebelum ini ditempat makan manapun dari makanan tradisional sampai makanan moden dan mewah boleh anda cuba rasa disini.

4. Kaliurang

Kaliurang, Tempat berkumpul keluarga dengan ketinggian Air Terjun dari 900 meter diatas permukaan laut, tentunya kagum dengan keindahan alam dengan kesejukan p pergunungan ini. Tempat yang sudah tidak asing lagi bagi pelancong dalam dan luar negeri. Tempat ini dilengkapi dengan pelbagai macam kemudahan, untuk anak-anak ada taman rekreasi di mana anak anak boleh bermain-main. Anda juga boleh mencari air terjun Tlogo, tak begitu besar airnya namun begitu ia cukup untuk menyegarkan fikiran.

5. Pasaran Beringharjo

Ingin mencari pelbagai macam batik dengan harga yang murah tentunya dengan kualiti batik yang baik, tentunya ini tempat yang harus anda tuju. Pasaran Beringharjo, syurganya batik di Yogyakarta. Ramai pelancong asing mahupun pelancong dalam negeri datang ke pasar ini untuk membeli seni dan budaya bangsa Indonesia yang luar biasa itu.

Anda boleh mencari pelbagai jenis batik di pasar Beringharjo ini mulai dari batik Yogyakarta, batik Solo dan batik Pekalongan dari yang sudah berbentuk baju, sarung, pakaian anak-anak, pakaian wanita ataupun yang masih berupa kain. Semua itu boleh anda dapati di pasar tradisional ini.

Banyak lagi tempat menarik di Yogyakarta, tetapi tak sempat nak di kongsikan di sini. InsyaAllah, kalau ada kesempatan MrJocko akan share lagi lokasi yang MrJocko singgah semasa di Yogjakarta, Jawa Tengah Indonesia.

Glamorous MrJocko

Exit mobile version