Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Untuk Anda Kunjungi

Sesuatu yang semakin meriah dan menjadi tarikan utama di Bangkok ialah Asiatique. Berasal dari pelabuhan yang suram, ia kini menjadi salah satu destinasi paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong di Bangkok. Tidak keterlaluan kalau MrJocko bagi pandangan bahawa Asiatique tempat paling menarik di Bangkok untuk anda kunjungi.

Baca : Tempat Menarik di Sekitar Bangkok Thailand

Kenapa MrJocko kata sebegitu? Ada banyak sebabnya.

Tempat Paling Menarik Di Bangkok

Tempat Paling Menarik Di Bangkok

 

Nak tahu apa kata Wikipedia tentang Asiatique?

Asiatique The Riverfront is a large open-air mall in Bangkok, Thailand. It is situated in the former docks of the East Asiatic Company, and faces the Chao Phraya River and Charoen Krung Road. The complex opened in 2012 after extensive renovation of the site.

Ini entry tahun lepas tentang Asiatique. Banyak yang menarik di Bangkok, Asiatique salah satu darinya.

Meriahnya Malam Di Asiatique The Riverfront Bangkok

 

Yang paling menarik perhatian di sini adalah menaiki bot di waktu malam di sungai persisir sebelah Asiatique, Ada bot percuma untuk anda yang nak cuba merasai pengalaman menaiki bot di waktu malam. Bot ini juga dijadikan sebagai pengantara kepada mereka yang parkir kenderaan atau datang dari sebelah sungai seberang sana.

Kalau nak tahu, jalan menuju ke Asiatique agak kecil dan sangat sesak tambah lagi bila tiba waktu malam. Sebaiknya anda menaiki kenderaan alternatif dan parkir di sekitar Supalai River Place dan ambil pengangkutan bot percuma ke Asiatique untuk mengelakkan kesesakan.

 

Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok

 

Apa yang boleh anda beli di Asiatique Bangkok?

Macam-macam sebenarnya. Majoriti ramai singgah di sini untuk merasai pengalaman suasana sight seeing di Asiatique. Untuk pelancong luar, mereka akan makan malam di sini berbelatarbelakangkan sungai Chaophraya. Menu makanan laut di sini memang antara terbaik.

Selain itu, anda boleh shopping craft, cenderahati, baju, pakaian wanita, t-shirt, souvenirs, massage, fast food dan banyak lagi boleh anda shopping di sini.

 

Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok Asiatique Tempat Paling Menarik Di Bangkok

 

Namun, kalau anda beli barangan di sini, harga yang dijual agak mahal sedikit berbanding dengan barang yang sama anda boleh jumpa di pasar malam sekitar Bangkok seperti Silom Night Market, Train Night Market, Patpong Night Market dan semestinya paling murah di China Town Bangkok.

Setiap lokasi di Bangkok ada keunikkan tersendiri. Tapi, kalau nak rasai kelainan yang murah dan tiada di Kuala Lumpur, Asiatique andalah lokasi yang wajib anda singgah kalau ke Bangkok, Thailand. Ini Tempat Paling Menarik Di Bangkok.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.