Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah

Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu bukan la susah. Hanya sekitar 1 jam pemanduan kereta, melalu jalan persekutuan, anda akan menemui pekan kecil yang terkenal dengan tempat pembuatan parang dan golok. Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah menjadi ikon yang terkenal sejak dulu lagi dan katanya, parang yang dihasilkan di sini antara kualiti yang terbaik.

Ada ramai penduduk tempatan menjadi tukang besi dan pandai besi yang boleh mencanai dan membentuk parang atau golok. Di sini, bagaikan syurga bagi mereka yang minat dengan hasil tukang besi yang membuat koleksi parang, golok, badik atau taji ayam dan pelbagai lagi senjata yang berasaskan besi.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

 



 

Tempat Buat Parang di Kota Belud

Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah

 

Kami sempat berjumpa dengan anak-beranak yang mengusahakan pembuatan besi di Kota Belud. Tidak jauh dari pekan kecil ini, mereka mengusaha perusahaan kecilan sebagai kerja sampingan membuat parang, golok serta beberapa lagi alatan yang berkaitan dengan besi untuk dijadikan hiasan dan juga kegunaan harian.

Hasil yang telah siap, seperti parang dan golok yang disertakan dengan sarungnya, biasa dijual di pekan Kota Belud untuk dijadikan pendapatan sampingan. Tidak kurang juga, menurut En Adi, beliau turut menghantar pesanan parang atau golok yang ditempah oleh pelanggan mereka menggunakan pos ke seluruh Malaysia.

Berapa harga parang atau golok yang dijual di Kota Belud? Ia rahsia. Kalau nak tahu, kena tonton travelogue rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko di Saluran RTM1 nanti.
 

Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah Tempat Pembuatan Parang Di Kota Belud Sabah

 

Apa pun, MrJocko teruja bila berpeluang mempelajari cara membuat parang atau golok di Kota Belud. Ia berbeza dengan lokasi sebelum ini seperti di Pendang, Kedah dan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Yang pasti pembuatan parang di Kota Belud, ada keunikkan tersendiri. Sebab itu, parang atau golok dari Kota Belud menjadi pilihan ramai peminat besi di Malaysia. tak percaya? Boleh cuba singgah dan lihat sendiri koleksi parang dan golok Bajau yang ada di Kota Belud ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.