Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Popular Di Kelantan Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu

Sudah menjadi ikon bandar Kota Baru sejak puluhan tahun yang lepas. Pasar Besar Buluh Kubu Kota Bharu menjadi pusat tumpuan ramai penduduk tempatan untuk melakukan urusan jual beli dan juga tempat tarikan pelancong. Kini, sejak tahun 1997 pasar besar ini diberikan nama yang baharu oleh Tuan Guru Nik Aziz. Inilah Tempat Popular Di Kelantan Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, nadi utama muamalah di negeri Kelantan.

Untuk informasi semua, merujuk kepada sejarah, Pasar Besar Buluh Kubu mula dibuka sejak tahun 1985 dan ia menjadi pesat berkembang sebagai lokasi tumpuan umum, selain dari Padang Bas Kota Bharu Kelantan. Masa dulu, sekitar tahun 1990-an, kawasan Padang Bas dan Stesen Bas SKMK Kota Bharu menjadi penyambung kepada kegemilangan Pasar Besar Kota Bharu ini.

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Siti_Khadijah_Market

Baca : Fireflyz Airlines Terbang dari Kota Bharu Ke Langkawi

 


Tempat Popular Di Kelantan Pasar Besar Siti Khadijah

Tempat Popular Di Kelantan Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_01

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_02
 

Sudah pasti sejak ia dibuka pada tahun 1985, Pasar Besar Kota Bharu ini jauh berbeza dengan situasi mula-mula ia dibuka. Jika dulu, Pasar Besar ini sinonim dengan Bazar Buluh Kubu (Bazar Siti Aisyah) yang menjadi pelengkap kepada pusat muamalah terkenal di Kelantan ini.

Namun, peredaran masa, nampaknya populariti Bazar Siti Aisyah semakin lama semakin malap tidak seperti dulu. Jika lihat sekitar tahun 1990-an hingga 2000-an, ia menjadi pusat membeli belah penduduk tempatan untuk produk Kain Batik, Baju Raya dan penbagai produk kraf. Kini, ia agak sepi kerana bersaing dengan Pusat Membeli Belah terkenal lain seperti AEON dan juga KB Mall.

Namun, Pasar Besar Siti Khadijah masih lagi bertahan menjadi pusat tarikan ramai penduduk. Anda boleh ke sini untuk membeli barangan basah, barang keperluan rumah dan makanan snack.

Gerai makan di tingkat 1, antara port makan popular juga di Kota Bharu. Nak rasa menu-menu tradisional yang popular Kelantan, boleh la singgah di sini untuk makan Nasi Berlauk, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Mee Sup, Kuih Muih dan macam-macam lagi.
 

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_05
Keropok Kelantan

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_06

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_07
 

Sebelum ini, rasanya sekitar 5 tahun lepas tidak banyak gerai yang menjual buah di pasar ini. Kini disediakan ruang yang agak luas untuk puluhan gerai menjual buah-buahan, gerai menjual sayuran dan juga ada jajaran Kedai Emas Kelantan yang popular di Kota Bharu.

Paling popular kat sini kedai KB Gold Kota Bharu. Boleh dikatakan hampir setiap hari, kedai KB Gold ini penuh dengan pelanggan yang datang membeli barang kemas dari sekecil cincin hinggalah rantai leher seberat 100gram. Kaya sungguh orang kampung Kelantan.
 

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_08
Pasar Buah di Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_09

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_10

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_11
Kedai Emas Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bharu_12
 

Senang cerita, sekarang kalau nak beli barangan, Pasar Besar Siti Khadijah sudah sediakan banyak pilihan untuk pembeli. Bukan sahaja pasar yang popular, ia juga pasar yang agak selesa untuk anda kunjungi.

Ruang parkir ada banyak disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dikawasan sekitar dengak kadar charge parkir yang berpatutan. Namun, jika nak cari pilihan lain, boleh parkir di kawasan Kompleks Kraf, parkir Bazar Siti Aisyah ataupun parkir di Kota Bharu Trade Centre.

Jadi, andainya anda bukan orang Kelantan dan ingin melancong ke Kota Bharu, pastikan anda ambil peluang untuk singgah di Pasar Besar paling popular di Kelantan ini. Macam-macam boleh anda beli dan pilih untuk pengalaman percutian anda di Kelantan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.