Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Repair iPhone Murah Dan Kualiti Di Johor Bahru

Ada soalan hari tu dari pembaca MrJocko yang text Whatsapp tanya tempat repair iPhone murah dan kualiti yang MrJocko tahu. Ini semua gara-gara iPhone 6 MrJocko pun terpaksa dibaiki sebab skrin depan retak dan tidak boleh digunakan lagi.

Siapa yang follow Facebook MrJocko @ Rosmadi Shakri, pasti akan perasan yang MrJocko ada upload pasal status skrin iPhone 6 pecah masa FAM Trip Koh Samui bulan lepas. Ntah camana, iPhone tu boleh jatuh betul-betul atas batu dan mengadap skrin. Apa lagi, pecah berderai. 

Baca : Parts Macbook Rosak

 


Tempat Repair iPhone Murah Dan Kualiti

Tempat Repair iPhone Murah Dan Kualiti Di Johor Bahru
 

Lihat la skrin iPhone 6 MrJocko ini masa pecah. Ia rosak teruk dibahagian bucu kanan dan membawa pecah dan berderai hingga ke bahagian bawah. Akibat dari retak ini, butang dan sensor yang berada di bawah tidak boleh digunakan lagi. Allah,,, dugaan sungguh. Ini semua peringatan dari Tuhan supaya jangan alpa dengan harta dunia.

Bila dah pecah macam ni, banyak la masalah yang timbul. Pertama tak boleh guna smartphone tersebut. Kedua nak kena rapair iPhone 6 ini. Itu pun kalau boleh repair. Kalau tak boleh, kena la cari smartphone baru. Ketiga, kalau kena repair atau beli baru, pasti la kena tambah duit. Extra bajet perlu untuk bulan tersebut. Keempat. Kalau tak boleh akses telefon ini, camana nak recover data dalam phone ini. Aduiii…

 

Tempat Repair iPhone Murah Dan Kualiti Di Johor Bahru Tempat Repair iPhone Murah Dan Kualiti Di Johor Bahru

 

Pernah juga MrJocko dengar ada beberapa kedai smartphone di sekitar Kuala Lumpur ada offer servis repair iPhone murah. Namun tak ingat pulak kat mana tempat repair iPhone murah di Kuala Lumpur. Betul ke repair iPhone murah atau ada kos tersembunyi.

Tiba-tiba teringat kepada rakan satu kampus di UiTM Machang, namanya Abang Hafizi. Dia ni memang dah lama buat servis smartphone. Rupanya dia juga ada kedai dan tempat repair iPhone murah dan kualiti di Johor Bahru. Jauh la pulak dari Kuala Lumpur.

kos repair iphone 6

 

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebab MrJocko memang percaya kepada dia dan juga harga servis repair iPhone pun murah, MrJocko decided untuk poskan iPhone 6 yang rosak ke alamat kedai beliau. Sebab malas nak guna servis delivery sompany lain, paling dekat dengan MrJocko cuma Poslaju dengan kos RM7.30. Alhamdulillah, selamat sampai.

Tak sampai 2 hari, MrJocko dapat notification bahawa iPhone 6 MrJocko dah siap. Hari ketiga, iPhone sampai di alamat rumah MrJocko dengan kotak dan storage yang sangat elok. Terbaik. Harga upah juga sangt murah. Tk boleh la nak share kat sini. Tapi memang benar, harga servis di sini sangat murah dan berkualiti. 

Setiap servis yang dibuat ada jaminan dari mereka PG Fixer. Boleh layari laman Fanpage PG Fixer https://www.facebook.com/pgfixer/

tempat repair iphone murah

 

Jadi, kalau korang nak repair iPhone atau sebarang smartphone boleh la ke PG Fixer di alamat No 12 Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor. Kalau tak boleh datang, poskan sahaja. InsyaAllah mereka akan tengok dan baiki dengan harga yang murah.

MrJocko sangat puas hati repair iPhone 6 dengan PG Fixer. Kalau ada rezeki nak beli iPhone 7 Plus pulak. http://www.mrjocko.com/2017/01/unboxing-iphone-7-plus.html Katanya di PG Fixer pun boleh repair model iPhone 7 Plus 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.