Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Shopping Best Di Korea AM PM Mall Dongdaemun

Ada satu lokasi Tempat Shopping Best Di Korea yang MrJocko suka kalau singgah di Dongdaemun. Anda boleh cari bangunan AM PM yang terletak berhadapan dengan Stadium Dongdaemun dan bersebelahan dengan Doota Shopping Mall. Di bangunan AM PM ni dari luar nampak lebih kepada pakaian wanita, tetapi di sebelah atas, tingkat 3, mereka punyai pelbagai rekaan pakaian lelaki yang terkini dan memang cantik.

Tempat Shopping Best di Korea

Yes AM PM Shopping Mall Korea

Tempat Shopping Best Di Korea 

 

Tempat Shopping Best di Korea

 

Tempat Shopping Best di Korea

  

Ada banyak kedai yang jual pakaian lelaki di bangunan AM PM Dongdaemun ini memenuhi citarasa lelaki maskulin. Bagi peminat fesyen, anda mesti singgah di AM PM building ni. Baju kemeja, seluar, t-shirt, cap, aksesori dan yang paling menarik perhatian ialah koleksi Suit atau Blazer yang sangat cantik.

 

Yang best, anda boleh pilih dan padankan koleksi rekaan suit atau blazzer di AM PM ini mengikut saiz badan anda. Jangan risau, mereka punyai saiz yang boleh dipadankan dengan bentuk badan anda. Ini kerana, kalau suit atau blazer biasa, anda mungkin okay dibahagian atas, tetapi ketat bila sarungkan seluar. Di AM PM ini, ada banyak warna, corak, jenis kain dan juga pelbagai saiz. Jangan risau…

 

Tempat Shopping Best Di Korea 

 

Tempat Shopping Best di Korea

 

Tempat Shopping Best di Korea

 

 

Tempat Shopping Best Di Korea 

Lihat sahaja Bro Rosli ini yang mencuba Blazer bercorak fancy ini. Nampak smart kan??? Harga pun murah. Untuk pengetahuan anda, satu set suit atau blazer di sini dijual sekitar RM280 hingga RM500 bergantung kepada jenis kain dan rekaannya. Memang cantik dan punyai kualiti yang bagus.

 

Kalau di KL, nak tempah satu set memakan masa hampir sebulan dan kos sekitar RM800. Di sini, harga memang murah. Anda boleh cuba sendiri, mesti puas hati. Sebab itu MrJocko berani kata, di sini Tempat Shopping Best Di Korea untuk pakaian lelaki.

 

Next time, kalau singgah di AM PM Dongdaemun ini, MrJocko pasti akan beli satu suit yang sesuai untuk majlis makan malam atau majlis rasmi. Berbaloi beli kat sini kerana kualiti cantik, rekaan menarik harga pun murah. Jangan kata rekaan baju, warna pun banyak jenis, saiz pun ada tak perlu risau.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.