Site icon Travel Blogger Malaysia

Tempat Shopping Best Guangzhou Onelink Plaza

Tak jauh dari lokasi pelancong Beijing Lu, ada Tempat Shopping Best Guangzhou Onelink Plaza. Ia adalah antara salah satu shopping mall terbesar di selatan China. Pusat membeli belah ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing.

Guangzhou Onelink Plaza adalah terkenal dengan tempat menjual barangan borong seperti mainan kanak-kanak, cenderahati, alatan kecantikan, aksesori wanita dan juga beberapa pilihan pakaian dan barangan kulit.

Tempat Shopping Best Guangzhou Onelink Plaza

Tempat Shopping Best Guangzhou OneLink Plaza 01 copy

Kedai Borong Cenderamata
Kedai Borong Topi

Baca : MrJocko dan Shopping Mall

Sekali lihat, shopping mall Guangzhou Onelink Plaza ini nampak seperti pusat membeli belah biasa, tetapi ia adalah pusat borong barangan yang terkenal. Biasanya satu unit kedai menjual satu jenis barang tertentu dan mensasarkan pembelian borong.

Anda boleh membeli produk seperti seni kraftangan, perhiasan, barangan sukan, mainan, aksesori, koleksi tertentu dan hadiah dari semua jenis. Banyak pemborong seluruh dunia datang ke sini untuk membeli produk buatan China dengan harga borong.

Untuk mendapatkan harga murah, harga borong, anda perlu membeli lebih dari 20pcs atau lebih dan akan berpeluang membeli dengan harga yang murah. Kebanyakan pemilik kedai tidak akan berunding jika anda membeli satu dua unit. Sebaiknya, kalau nak beli, pakat dengan kawan-kawan dan beli secara banyak untuk harga yang jauh lebih murah.

Kalau anda bercadang untuk membeli dan berniaga, sudah pasti ia lebih mudah kerana kuantiti yang banyak akan memberikan anda banyak diskaun.

Beg Starbucks
Kedai Borong Cermin Mata
Kedai Borong Mainan
Kedai Borong Aksesori Guangzhou
Kedai Jual Basikal Elektrik Guangzhou

Bangunan Guangzhou Onelink Plaza ini ada beberapa tingkat dan juga beberapa bahagian. Kalau seharian berjalan di sini, pasti tak habis untuk singgah di satu-satu kedai. Untuk lebih mudah, pastikan anda buat perbandingan harga di 3 – 4 kedai sahaja. Selebihnya, buatlah pembelian di kedai yang menawarkan harga yang lebih murah. Kalau nak survey semua kedai, agak merugikan masa. Biasanya beza harga tak banyak. Cuma anda perlukan sedikit keberanian untuk tawar menawar dengan kuantiti yang banyak, InsyaAllah, akan ada persetujuan dari pemilik kedai.

Sebaiknya, kalau nak beli, baru betul-betul membuat tawar menawar. Jika tidak, nanti anda akan kena marah.

Satu lagi, ketika di Guangzhou Onelink Plaza, elakkan dari membeli dari ‘Ulat-Ulat’ yang memegang katalog kecil yang menawarkan harga yang murah dan mengajak anda ke Pejabat atau Kedai mereka di Tingkat Atas. Bukan apa, takut terkena dengan SCAM mereka.

Exit mobile version