Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Shopping Di Korea Lotte Premium Outlet Di Paju-Si

Sebelum ni MrJocko pernah ke Johor Premium Outlet di Johor dan Gotemba Premium Outlet di Tokyo. Kali ini, MrJocko berpeluang ke Tempat Shopping Di Korea, Lotte Premium Outlet Seoul. Ini kali pertama MrJocko sampai ke Lotte Premium Outlet ini. Ia memang satu premium outlet yang terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 2 bangunan bersambung antara satu sama lain dan punyai 4 tingkat dan saiz hampir 3 kali ganda Johor Premium Outlet.

 

Bangunan Lotte Premium Outlet ini memang besar, keluasan sehingga 150,470 meter persegi. Ruang kedai yang ada di Lotte Premium Outlet pula lebih dari 35,400 meter persegi. Di Lotte Premium Outlet ini unik sikit sebab ia menggabungkan butik dan kedai menjual pakaian disertakan dengan pawagam, pusat kebudayaan, ruangan kanak-kanak, galeri dan ruangan pameran.

 

 

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

 

 

Dari segi harga, sememangnya banyak produk berjenama memang dijual murah di sini berbanding harga jualan di bandar Seoul atau sekitarnya. Samada baju, kasut, aksesori dan barangan lain, produk kat sini memang banyak pilihan dan lebih murah berbanding Seoul.

 

Ada butik sukan Adidas, Nike, Puma dan banyak lagi. Untuk pakaian, ada pelbagai jenama premium ada di jual di sini. Ini kerana di Lotte Premium Outlet, ia menyediakan kedai jualan barangan premium dari Korea dan antarabangsa. Bawa duit sahaja, anda pasti akan berpuas hati dengan harga di sini. (Kalau convert kepada RM memang la rasa mahal).

 

 

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

Lotte Premium Outlet Korea

 

 

Untuk ke Tempat Shopping Di Korea, Lotte Premium Outlet, anda boleh menaiki Subway menggunakan Line 2 (Exit 2) dari stesen Hapjeong dan stop di stesen Geumneung atau menaiki bas no 200 atau 2200 ke Lotte Premium Outlet. 

 

Anda juga boleh menaiki Subway menggunakan Line 2 atau 9 (Exit 8) dari stesen Dangsan terus ke stesen Geumneung atau menaiki bas no 9000 ke Lotte Premium Outlet.

 

Perjalanan dari Seoul jauh jaraknya mungkin sekitar 150 km. Yang pasti masa MrJocko ke sana, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Jangan risau, kalau anda mengikut laluan yang betul, ia memang mudah untuk ke sana. 

Cuba lah ke Tempat Shopping Di Korea yang best ini 🙂

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.