Tempat Shopping Di Myeongdong Market Seoul
|Pulang dari Pyeongchang, kami akhirnya sampai di Seoul selepas lebih kurang 3 jam perjalanan. Lokasi shopping pertama kami ialah Myeongdong Market. Kat sini memang lokasi tumpuan kerana Shopping di Myeongdong Market punyai pelbagai barang yang menarik dan lebih murah berbanding tempat lain.
Kalau di Malaysia, ia mungkin lebih kurang dengan Petaling Street tetapi kat sini lebih banyak pakaian, aksesori, beg, make-up dan banyak lagi. Cuma beza di Petaling Street banyak bangunan lama, tetapi kat sini ia berada sekitar bangunan-bangunan shoplot kedai yang baru dan lama.
Brader ni datang dari Turki belajar sambil meniaga di Myeongdong Market |
bersama Tourist Police di Myeongdong Market |
Banyak benda yang menarik dan boleh anda habiskan wang anda ketika Shopping di Myeongdong Market. Boleh kata hampir semua jenis barangan ada di sini. Ia umpama konsep Uptown yang diadakan pada sebelah siang.
Pihak berwajib juga menyediakan susunan gerai yang teratur serta Tourist Police yang bergerak sebagai pembantu kepada sesiapa sahaja yang nak dapatkan info bergerak tentang lokasi Myeondong atau Seoul ini.
Ramai kawan kata Shopping di Myeongdong Market ini lebih menarik dari Dongdaemun Market, Itaewon dan Insadong Market. Ya,,, memang benar. MrJocko sendiri lebih suka pusing-pusing Myeongdong berbanding tempat shopping lain di Seoul. Banyak harga yang lebih murah dan senang cari, khususnya t-shirt buatan Korea ini.
Jadi, kalau nak shopping di Seoul, MrJocko syorkan singgah Shopping di Myeongdong Market dulu, kemudian baru ke Dongdaemun, Namdaemun, Insadong, Itaewon dan lokasi shopping lain di Seoul.
Glamorous MrJocko