Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Urut Orang Buta Di KL Blind Sutra Massage

Sesekali berurut best jugak. Tambah-tambah berurut dengan tukang urut yang pandai seperti orang kelainan upaya OKU. Semalam, MrJocko cuba urut kaki di tempat urut Orang Buta di KL, namanya Sutra Blind Massage yang terletak di Pekeliling, berhadapan dengan Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Lepas berbuka di Gerai Selera Ramai 1 Ikan Singgang, MrJocko dan Bro Man Raja Lawak singgah sini untuk urut kaki. Kami ke sini untuk support business rakan-rakan kami, orang kelainan upaya yang gigih berkerja, tanpa mengharapkan simpati sedekah untuk hidup. Tabik dengan cabaran hidup mereka.

Baca : Rumah Urut Yang Best

 


Tempat Urut Orang Buta Di Kuala Lumpur

tempat_urut_kaki_orang_buta_1

Tips : Kalau nak urut, lebih baik ambik pakej untuk 2 jam atau pakej urut kaki dan badan sekali. Baru dapat harga murah 🙂

Sutra Blind Massage ialah tapak urut kaki dan separuh badan yang diusahakan oleh beberapa orang OKU, yang mengalami masalah penglihatan. Biasanya, lokasi tempat urut ini dibuka sekitar jam 5.00 petang dan akan berakhir lewat malam. 

Memandangkan ia berdekatan dengan hotel terkenal di KL seperti Hotel Vistana dan juga Grand Season KL serta beberapa kedai Restoran Seafood, pelanggan mereka terdiri dari warga KL dan juga sebahagiannya ialah pelancong asing.

Pakej urutan kaki di sini ialah sekitar RM50 untuk satu jam, dan anda boleh memilih untuk urutan kaki sahaja atau urutan kaki dan separuh badan. Kalau nak urut badan, harga sekitar RM60 sahaja bagi masa satu jam, dilakukan di premis berdekatan.
 

tempat_urut_kaki_orang_buta_2

tempat_urut_kaki_orang_buta_3

vistana-hotel-kl

MrJocko mencuba urutan kaki dan separuh badan. Tukang Urut MrJocko kali ini, brother Mahbub dan memang terer mengurut. Satu jam di’ulit’ dengan urutan kaki dan badan, memang tidak puas. Perghhh!!! Menyirat urat darah akibat mungkin yang berpintal-pintal, hahaha…

Untuk servis urutan kaki dan badan di Sutra Blind Massage ini, sangat berbaloi. Selepas sehari dua, masih lagi terasa kaki berdenyut-denyut hasil kesan diurut. Buang air pun semakin lawas dan melegakan. Ekekekek…

Of course, kalau anda nak cuba, lokasi ini, amat dialukan. Guna Kod MrJocko dan Man Raja Lawak untuk mintak diskaun yer… 🙂

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.