Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Orang Greek

Yang MrJocko tahu, nama-nama seperti Zeus, Poseidon, Hades, Ares, Kraken dan banyak lagi antara beberapa kepercayaan bagi masyarakat Greek Yunani pada zaman dahulu kala. Ada banyak tinggalan bangunan yang berkaitan dengan nama-nama yang disebutkan termasuk patung-patung buatan. Yang sempat MrJocko singgah ialah di Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Orang Greek di Greece.

Sebenarnya, ada banyak cerita yang boleh korang baca tentang Greek dan Yunani. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ramai yang belum tahu. Boleh dapatkan maklumat dari library atau Google sahaja di internet.Kalau nak cerita di sini jadi panjang.

Baca : Menarik Tentang Athens dan Negara Greece

 


Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba

Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Orang Greek
 

Temple of Poseidon di Greece ini terletak kira-kira 65km dari bandaraya Athens. Perjalanan dari bandar Athens ke sini mengambil masa selama sekitar 1 jam 15 minit melalu persisir tebing dan pantai Greece yang memang cantik.

Lebih tepat, Temple of Poseidon ini terletak di Daerah Sounion, yang berlatarbelakangkan tanah tinggi dan tebing yang curam di tepi laut.

Kawasan yang menempatkan lokasi Temple of Poseidon ini juga di kenali sebagai Archaeological Site of Sounion. Tiket masuk ke sini hanya EUR8 untuk dewasa dan bawah umur 18 tahun adalah PERCUMA.

 

Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba
Tiket Masuk

Temple of Poseidon Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba

 

Orang Purba Greek memang pandai mencari lokasi sesuai untuk Kuil mereka. Temple of Poseidon dibina diatas tebing tinggi setinggi 65 meter dengan menghadap laut. Untuk info, mengikut kepercayaan mereka Poseidon ialah Tuhan Laut yang menjaga nelayan dan juga laut yang ada.

Katanya ia dibina pada tahun 444 Sebelum Masihi dan menjadi salah satu penanda aras untuk pelayar dan nelayan ketika di laut.

 

Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba

 

Kuil ini dibina dengan binaan batu bata dan juga batu marmar. Ia dibina dan diletakkan tiang tiang bagi menyokong beberapa batu di atas dengan keadaan tanpa dinding. Itu cara binaan orang Purba dahulu kala di Greek membina Kuil untuk kepercayaan mereka.

Sekarang, ia menjadi destinasi popular pelancong dan bukan lagi sebuah kuil. Namun binaan yang ada di sini mengagumkan pengunjung dari pelusuk dunia. Kalau lihat dari sudut rekaan binaan dengan pemandangan menghadap laut biru, ia satu lanskap yang sangat cantik.

Baca lagi pasal Athens http://www.mrjocko.com/tag/athens

 

Temple of Poseidon Tinggalan Mitos Purba

 

Untuk ke sini korang memerlukan kenderaan seperti kereta atau bas. Tiada kemudahan laluan keretapi di sini. Lagipun ia agak jauh dari Athens. Sebaiknya kalau datang sebagai backpackers, boleh naik bas dari Athens. Biasanya ada pakej City Tours yang berbaloi untuk korang beli di bandar Athens.

Of course, ia satu destinasi wajib lawat di Athens. Bukan pemandangan yang cantik, tetapi ia punyai banyak veri cerita yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan korang semua.

MrJocko terbang ke Athens dengan FlyScoot dari KLIA – Singapura – Athens. Boleh dapatkan info tentang Temple of Poseidon di laman web ini. Temple of Poseidon Lonely Planet https://www.lonelyplanet.com/greece/athens/attractions/temple-of-poseidon/a/poi-sig/1289777/1324715

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.