Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Yang Anda Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia

Apa Yang Anda Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia. Negara Australia memang negara yang agak unik. Rezeki MrJocko, sudah 3 kali sempat melancong ke sana dengan melawat 4 bandar yang berbeza bermula Gold Coast, Brisbane, Melbourne dan terbaru Perth. Berdasarkan pengalaman melancong ke sini, teringin MrJocko nak kongsi ada Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia.

Negara yang mempunyai tanah yang luas ini sebenarnya menawarkan pelbagai tarikan menarik dari kebudayaan yang unik, pergunungan yang cantik seperti di Mount Hotham, bandar yang moden seperti di Sydney dan Brisbane dan banyak lagi.

Baca : Kos Bercuti Ke Perth Australia Sekeluarga Cuma RM5000

tips melancong ke australia

 


Tips Travel Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia

Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia

Tips Travel : Makanan Halal di Perth

  1. Orang Malaysia yang nak ke Australia perlu dapatkan Visa. Jangan buat buat lupa pulak. Boleh apply Online.
  2. Nak masuk ke Australia, elakkan dari membawa produk Tenusu dan juga Daging. Ini antara bahan yang susah nak lepas masuk ke sana. Jangan risau, produk tenusu di Australia jauh lebih baik dari produk tenusu yang ada di Malaysia.
  3. Ada banyak juga produk makanan halal sudah masuk ke Australia. Yang mungkin ramai tak tahu, ada beberapa supermarket menyediakan ruang jualan daging halal.
  4. Buah-buahan di Australia seperti Epal, Anggur, Plum, Peach dan macam-macam lagi dijual dengan harga separuh harga murah berbanding di Kuala Lumpur.
  5. Produk Tenusu dan Jus Oren di sana dijual dengan harga yang sangat murah. Promosi AUD1.99 untuk saiz 2 Liter memang murah sesangat.
  6. Sewa homestay di Australia agak berbaloi. Harga untuk satu bilik untuk 2 dewasa, khasnya menggunakan AirBNB sekitar AUD30 – AUD40 (RM90 – RM120)
  7. Kalau di bilik air Homestay ada Bathtub, mandi baik-baik, jangan basahkan sampai becak kawasan tu. Tuan Rumah tak suka.
  8. Rate bilik hotel sekitar bandar besar ialah AUD100 untuk satu malam.
  9. Hotel mengenakan undang-undang bilik yang agak ketat. Kalau bilik untuk berdua, memang tak lepas kalau nak masuk sampai 4 orang, melainkan pandai-pandai korang sendiri 🙂
  10. Nak sewa bilik di Australia, sebaiknya cari yang ada sediakan microwave atau ruang memasak.
  11. Memandu di Australia sama seperti di Malaysia, sebelah kanan. Guna sahaja lesen Memandu Malaysia.
  12. Had Limit Kelajuan di Australia maksima 110km/j. Elakkan dari kena saman. Jika tidak kos saman sekitar AUD300 memang akan buat anda pening kepala.
  13. Ruang Parkir di kawasan bandar juga perlu anda ambil kira. Ada tanda tertulis 1P, 2P dan seterusnya. Ini juga kena ambik perhatian. Kalau kena saman atau kena towing memang susah.
  14. Orang Australia makan benda yang sedap dan segar. Kalau jenis yang tidak ada kualiti, memang tak laku.
  15. Pemandangan langit di Australia memang sentiasa Biru. Cantik
  16. Cuaca di Australia sebenarnya agak panas. Sinaran UV di sana agak merbahaya. Namun kadang-kadang kita tak perasan sebab angin sejuk. Sebaiknya, pakai la Sun Block.
  17. Pantang tengok rumput, rasa macam nak lepak berkelah di atasnya 🙂
  18. Tandas di Australia adalah PERCUMA.
  19. Tandas di kawasan rehat masih lagi bersih, walaupun tak nampak ada Cleaner.
  20. Kalau ke pusat pemuliharaan, seperti di Dolphin Recovery Centre, ramai Volunteer yang sedia berkhidmat secara Percuma.
  21. Zoo di sini, banyak yang persendirian, tetapi kualitinya jauh lebih baik dari Zoo Negara Malaysia.
  22. Bandar-bandar atau taman di sini memang bersih. Jarang kelihatan sampah.
  23. Rumput atau pokok-pokok di sini memang pelbagai warna. Tetapi kalau jenis warna hijau, warnanya sangat menarik.
  24. Tempat shopping cenderahaati murah ialah di E-Shed Markets Fremantle harbour
  25. Kalau anda nak beli perfume, beli lah di airport. Banyak koleksi tawaran murah.

 


Baca : Zoo Perth Australia yang Popular

Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia
Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia
Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia
Bilik Air RNR yang bersih walaupun tidak nampak cleaner

Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia

Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia
Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi

Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia

Tentang Melancong Ke Australia
Apa Yang Anda Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia
Tentang Melancong Ke Australia

Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Apa Yang Anda Kena Tahu Tentang Melancong Ke Australia Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandi Jangan basahkan bilik mandi lebih-lebih lagi tab mandiYang Anda Kena Tahu Tentang Australia
 

Anda Kena Tahu Tentang Bercuti di Australia

Cukup la kot info yang MrJocko kongsi tentang Yang Anda Kena Tahu Tentang Australia. Ada banyak lagi yang boleh anda dapatkan infor tentang tips melancong ke Australia dan juga pantang larang jika mahu bercuti ke Australia.

Yang pasti, kalau anda teringin nak bercuti ke Australia, Perth adalah destinasi pertama yang wajib anda singgah. Ini kerana, di Perth anda akan dapat pakej percutian yang paling murah berbanding Melbourne, Adelaide, Sydney, Gold Coast dan juga Brisbane. Destiansi Darwin pula dikatakan tak banyak ada tempat menarik, jadi pandangan MrJocko, Perth, destinasi berbaloi untuk anda kunjungi.

Dapatkan pakej melancong murah ke Perth dengan penerbangan murah AirAsia dan pakej penginapan murah menggunakan AirBNB, Trivago, Hotels.com atau Expedia.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.