• Fri. Sep 22nd, 2023

Teppanyaki Lamb Shoulder Di Restoran Suma Sogo

ByMrJocko

Mar 5, 2014 #Info, #Makan, #Restoran
1394034534267-796889

Semalam member-member ex-bnm ajak MrJocko singgah makan malam di Restoran Suma Sogo, sebuah restoran makanan Jepun yang terkenal di Sogo Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di tingkat 3 bangunan Sogo dan berada bersebelahan dengan food court Sogo.

Sempena dengan bulan Mac 2014, ada promosi set yang ditawarkan di sini. Ada 4 menu semuanya termasuk set Kinoko Udon, Salmon Teriyaki, Teppanyaki Lamb dan Prawns serta Nigiri Sushi set. Harga setiap set bermula dari RM28.80. 

Restoran Suma Sogo
Teppanyaki Lamb Shoulder Di Restoran Suma, Sogo

Restoran Suma Sogo 

MrJocko kali ini mencuba Set C iaitu Teppanyaki Lamb Shoulder dan Teppanyaki Prawns bersama salad dan side dish lain. MrJocko memang suka lamb dan bila di buat Teppanyaki, nampak sangat sedap.

Set Teppanyaki Lamb ini memang terbaik la. Rasa lamb agak ber’jus’ dan di padankan dengan Teppanyaki Udang yang memang sedap. Tambah pula ada Chawanmushi, memang set ini buat MrJocko nak cuba lagi. Walaupun menu ini punyai asal citarasa Jepun tetapi rasanya ia sudah dipadankan dengan citarasa Malaysia. Memang sedap dan terbaik. Kenyang dengan set bernilai RM36.80 ini.

Kalau anda suka makan menu masakan Jepun, apa kata cuba menu-menu hidangan Japanese ini di Restoran Sumo Sogo, tingkat 3 bangunan Sogo Kuala Lumpur.

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.