Pengalaman Sejarah Perang Terbaik di Cu Chi Tunnels Vietnam
|Nak kongsi sedikit tentang Pengalaman Sejarah Perang Terbaik di Cu Chi Tunnels Vietnam. Sebelum ini tak pernah nak ambil tahu tentang sejarah Negara Vietnam, tapi bila dah sampai di Ho Chi Minh, terasa nak explore tempat menarik di Vietnam ini.
Oh ya, ada banyak tenpat menarik di Vietnam yang boleh anda terokai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Mr Billy aka Mr Bean, our Tour Guide |
Cerita bermula seawal pagi. Setelah pusing satu District 1, area Chua An Lac, akhirnya aku dapat beli pakej Halfday Tour Cu Chi Tunnels dengan hanya USD5 per pax. Hotel tempat aku menginap offer USD23, mahal.
Kerana kami berempat, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, tour agent tu bagi kami cuma USD15 sahaja. Murah kan? Pakej ni pakej separuh hari trip dari Saigon ke Cu Chi Tunnels seawal jam 8.30 pagi dan pulang jam 2.00 petang.
Kami bergerak seawal jam 8.30 pagi dan cuma tunggu di pintu hotel. Bas Pelancong datang pick up kami bersama-sama tourist lain dan menuju ke Cu Chi Tunnels Vietnam. Dari Saigon ke Cu Chi Tunnels mengambil masa satu jam setengah dan sepanjang itu, Tour Guid kami, Mr Bean, bagi penerangan dan cerita pasal Saigon, Perang dan Amerika.
Mr Bean ni, katanya adalah Vateran Perang (berpangkat Kapten) yang masa tu berpihak kepada Amerika kerana beliau adalah Warganegara Amerika pada ketika itu, walaupun kelahiran Vietnam. Ini kerana beliau adalah ayahnya Filipino dan mak beliau orang Vietnam.
Kaunter Tiket Cu Chi Tunnels Vietnam |
Kira-kira jam 11.30 pagi, kami sampai ke Chu Chi Tunnel. Masa tu memang ramai. Kebetulan hari tu ramai pelancong buat lawatan ke sana. So terpaksa la Q panjang. Bayaran setiap satu Show dan Lawatan cuma 20,000 Dong sahaja. Tetapi kami terpaksa ambik terus kesemua 4 pakej yang ditawarkan dan setiap seorang dewasa dikenakan total 80,000 Dong. Kanak-kanak bawah umur masuk percuma.
Sessi Tayangan Video dan Penerangan dari Mr Bean |
Salah satu lubang TEROWONG di situ. |
Mula-mula masuk, kami di bawa ke dalam satu kawasan tinggalan perang yang mana diubahsuai dan dijadikan tempat tayangan video dan sejarah perang yang melibatkan Chu Chi Tunnel. Banyak video yang boleh menginsafkan aku sebagai manusia dan betapa kejamnya PERANG.
Lepas tanyangan kami mula dibawa melawat kawasan Chu Chi. Tempat pertama, tinggalan jerangkap samar buatan sendiri oleh tentera komunis Vietnam dan jerangkap ini sudah makan berpuluh-puluh mangsa. Sekali jatuh, anda akan menderita dan mati di dalamnya.
Kemudian, kami di kenalkan dengan lubang terowong Cu Chi. Ini adalah lubang rahsia pertama yang di tunjukkan. Nampak sangat kecil dan paling aku rasa kagum, aku boleh masuk ke dalamnya. Hihihi…
Ini adalah salah satu lubang posisi sharp shooter |
Seterusnya kami di bawa ke kawasan yang mana satu tinggalan Kereta Kebal milik Amerika yang asalnya rosak akibat bedilan dan serangan tentera komunis Vietnam. Kereta kebal itu berada kat situ sejak tahun 1972 lagi kalau tak silap. Ia tidak pernah di ubah sampai sekarang.
Akhir sekali, kami di bawa melihat antara lubang asal Cu Chi Tunnels Vietnam yang masih di buka untuk tujuan pameran dan sejarah di Vietnam. Anda di beri peluang merasai perasaan dan pengalaman menyusuri lorong-lorong dan terowong Cu Chi sendiri. Dan paling mengujakan aku, anak aku Khalisha berani mencuba… woooo….
Lubang terowong Cu Chi Tunnels Vietnam ni memang kecil. Ia di bina sesuai dengan saiz orang Vietnam yang kecik dan punyai 3 level. Masa kami cuba, ia cuma ada 2 level sahaja.
Memang secara peribadi, aku terasa takut nak cuba. Maklumlah, dalam terowong itu, keadaan oksigen yang kurang, gelap dan juga perasaan Panik akan timbul. Sangat sempit dan korang tidak ada pilihan melainkan terus ke hadapan. Kerana terowong yang sempit agak susah untuk korang mengundur, jika korang sudah berada di tengah-tengah Cu Chi Tunnels.
Cerita travel saya di Vietnam http://www.mrjocko.com/tag/vietnam
Walaupun terowong yang masih di buka cuma 100 meter sahaja, tetapi ada 2 emergency exit kerana penganjur risau akan keselamatan pengunjung. Jangan risau, 20 meter pertama, anda akan jumpa exit yang pertama. Anda boleh keluar jika anda merasa panik dan takut. Aku pun keluar di exit yang pertama. Kesian tengok anak aku. Hihihi
Aku memang kagum dengan ciptaan Cu Chi Tunnel ini. Memang aku akan ke sini lagi. Mahu tahu lebih lanjut pasal perang di Vietnam ini. Bayangkan mereka boleh hidup lama di dalam terowong yang mempunyai 3 level di dalam tanah, dengan keadaan yang kurang oksigen dan kekurangan kemudahan lain.
Kalau ke Saigon atau Ho Chi Minh, semestinya korang kena cuba ke Cu Chi Tunnels.
MrJocko.com
singgah drop di sini mr jocko.. nice to meet u bro.. 🙂
salam kid… TQ
wow! bnyk tempat ek mr jacko travel 😀