Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines KLIA Labuan
|Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines sememangnya punyai kualiti perkhidmatan mereka yang tersendiri. Rasanya sudah hampir 5 tahun tidak terbang dengan Malaysia Airlines (MAS). Kali terakhir terbang ke Kansai sempena Media Trip Fukuoka. Alhamdulillah, bulan lepas, berpeluang untuk rasai Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines KLIA Labuan. Naik pesawat Malaysia ke destinasi Malaysia.
Kalau dulu, ramai yang takut nak naik Malaysia Airlines kerana harga tiket penerbangan yang mahal. Tetapi kini, harga yang ditawarkan kepada penumpang MAS sangat berbaloi dengan kemudahan dan facility yang ditawarkan. Bayangkan, dari KLIA menuju ke Labuan, tiket pergi dan balik hanya sekitar RM280 sahaja, termasuk makan dan bagasi 7kg. Sangat berbaloi.

Pengalaman Terbang Dengan Malaysia Airlines KLIA Labuan
Perkhidmatan dari Malaysia Airlines juga sangat memuaskan termasuk kemudahan daftar masuk yang lebih mudah dari KL Sentral bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, kualiti menu makanan dan snacks percuma dalam pesawat serta hiburan in-flight percuma kepada semua termasuk penumpang Kelas Ekonomi.
Sudah lama tak makan menu in-flight Malaysia Airlines. Kali ini, terus mintak Nasi Lemak Malaysia Airlines. Ternyata, nasi lemak Malaysia Airlines, lagi sedap dari Nasi Lemak AirAsia. Lauk pun lebih banyak berbanding Nasi Lemak Pak Nasser. Tak percaya? Cuba sendiri.


Baca : MrJocko dan Artikel tentang Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines
Penerbangan dari KLIA menuju Labuan akan mengambil masa sekitar 2 jam 20 minit. Korang tak akan rasa bosan dengan adanya in-flight entertainment. Depan mata, pilih sahaja untuk tonton filem terbaru, nak dengar muzik atau nak tengok drama, semua ada. Memang best, lebih-lebih lagi kalau yang jenis kaki wayang.
Kacang Tanah Malaysia Airlines jangan lupa, ia satu Signature Snacks kalau naik penerbangan Malaysia Airlines. Minta sahaja dari Pramugara atau dari Pramugari, InsyaAllah mereka akan bagi tanpa banyak soal.
Selebihnya, nikmati perjalanan penerbangan anda dengan Malaysia Airlines, ia satu pengalaman yang berbeza dengan penerbangan syarikat lain. Sebab itu, kebanyakkan syarikat Kerajaan dan juga Swasta menjadikan Malaysia Airlines sebagai pilihan penerbangan mereka kalau terbang ke destinasi yang jauh.
Oh ya! Malaysia Airlines pun ada buat banyak tawaran tiket murah. Jangan lupa layari Facebook Fanpage Malaysia Airlines atau layari laman Web rasmi mereka untuk info tiket murah MAS.
Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library