Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terbang Percuma Selama Setahun Bersama AirAsia Cuma RM639

Selepas lebih dua tahun terkurung di dalam negara ini peluang terbaik untuk anda kembali terbang dan pergi melancong. Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di Asia kini menawarkan pakej yang sangat murah dan berbaloi untuk kaki travel. Sebelum tawaran ini tamat, cepat-cepat ambil peluang untuk Terbang Percuma Selama Setahun Bersama AirAsia dengan hanya bayaran sebanyak RM639 sahaja.

Tawaran terbaik bagi tahun 2022 ini terbuka kepada semua pelanggan yang berminat ntuk meneroka kepelbagaian destinasi di seluruh Malaysia dan juga negara-negara ASEAN. Untuk informasi, negara ASEAN terdiri dari negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Myanmar, Vietnam, Cambodia, Laos dan juga Malaysia. Ini bermakna, dengan hanya RM639 anda berpeluang untuk terbang percuma ke 10 negara ini dengan PERCUMA.

Baca : Kos Surcaj Bahan Api AirAsia Terkini

Terbang Percuma Selama Setahun AirAsia ASEAN PASS

 


Terbang Percuma Selama Setahun Bersama AirAsia Cuma RM639

AirAsia Flight For Free RM639
 

Pakej bayar RM639 setahun ini termasuklah penerbangan percuma ke semua destinasi domestik dan juga ASEAN, perlindungan Covid penerbangan dengan pembayaran USD35 (semak terma dan syarat), penghantaran percuma untuk tempahan makanan, dan banyak lagi kemudahan di masa akan datang.

Semestinya, kalau anda sudah lama gian untuk travel, masa terbaik untuk beli pakej ini yang akan tamat pada 2 April 2022. Harga yang ditawarkan ni, memang murah, berbaloi untuk dibeli.

Bayangkan kalau harga tiket biasa untuk ke Bangkok, sekitar RM300 – RM400 pada tawaran harga tiket AirAsia biasa. Tiket ke Sabah dan Sarawak, juga sekitar RM300 – RM500 untuk penerbangan pergi dan balik. Ini, hanya bayar RM639, anda boleh terbang ke mana-mana destinasi pilihan anda salam masa satu tahun.

Destinasi yang menjadi tumpuan, kalau anda nak travel ke negara-negara ASEAN, semestinya Bangkok, Chiang Mai dan juga Hatyai. Kalau ke Vietnam, saya syorkan untuk ke Ho Chi Minh dan juga Hanoi. Indonesia, ada banyak destinasi wajib sampaikan tak terkira. Manakala untuk pulau-pulau idaman dengan bajet yang rendah, Filipina pasti ada dalam senarai pelancongan anda.

Apa lagi, kalau ada bajet lebih, ambil sahaja tawaran ini dan pastinya anda akan berpuas hati dikemudian hari.

Nota Kaki : Bayaran ini tidak termasuk bayaran Cukai Lapangan Terbang, bayaran MAVCOM, caj bahan api dan caj lain yang berkaitan. (Sila rujuk laman web rasmi AirAsia)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.