Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terima Kasih Mengundi MrJocko Di Digi Wwwow Awards 2012

Undian untuk Digi Wwwow Awards 2012 sudah tamat jam 11.59 malam semalam, Ahad 13 Mei 2012. Dan MrJocko puashati kerana untuk Kategori Lowyat Fave Tech Head, ada dua entry MrJocko berada dalam senarai Top 50. Terima kasih kepada yang Mengundi MrJocko Di Digi Wwwow Awards 2012.

 

Entry pertama, Digi Smartplan and Samsung Smartphones menduduki tangga ke 16 terbaik dan entry MrJocko and Gadgets berada di kedudukan ke 20. Ini antara pencapaian terbaik MrJocko setakat ini, kerana pesaing untuk kategori Digi Wwwow Awards 2012 ini adalah dari kalangan yang terbaik.

 

 

Undi MrJocko DiGi Wowww Award

 

Undi MrJocko DiGi Wowww Award

 

 

Bagi kategori Nuffnang Fave Makan-makan Expert, entry MrJocko Foods berada di kedudukan ke 17 dan ini adalah hasil undian dan sokongan kawan-kawan MrJocko selama tempoh 2 minggu ia di buka untuk undian. 

 

Samada menu dalam Malaysia atau luar Malaysia, termasuk menu di Gold Coast, Korea Selatan, Indonesia atau Saigon, MrJocko kongsi bersama pembaca di blog MrJocko. Menu gerai, kaki lima, restoran, cafe atau menu mahal di Hotel 5 Bintang, pun MrJocko kongsi untuk tatapan panduan kawan-kawan pembaca blog MrJocko.

 

 

Undi MrJocko DiGi Wowww Award

 

 

Sekarang, terpulang kepada Juri, Hakim dan mereka yang memberi markah. Menang atau kalah tidak penting. Yang pasti, banyak pengalaman, pembaca dan follower serta benefit yang MrJocko dapat setelah sertai events Digi Wwwow Awards 2012 ini. Pengalaman Mengundi MrJocko Di Digi Wwwow Awards 2012 tidak boleh di tukar dengan wang ringgit. Its Priceless.

 

Bagi yang menang pada malam anugerah nanti Tahniah. Korang memang berhak menang. Yang tidak menang, ia bukan bermaksud korang kalah, cuma korang kurang sedikit dari juara yang terpilih. Teruskan usaha dan berkongsi di internet. Kerana, kita berkongsi kerana kita saling mengingati. Sharing is Caring.

 

Pada yang telah mengundi MrJocko, walaupun satu undi, jutaan terima kasih dan jasa anda semua tidak terbalas. Sokongan anda akan bagi MrJocko semangat untuk menulis lagi dan lagi,,, 🙂

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.