Teringat-ingat Kereta Wira Api
|Sedang membelek koleksi gambar-gambar lama dalam simpanan HardDrive yang kini sudah sampai saiz 1 Tera, ternampak gambar lama ini, sebuah kereta Wira dengan design api yang marak.
Kalau nak tahu, ini lah kereta kedua MrJocko. Masa tu kereta ini MrJocko beli second hand dari used car dan sempat pakai hanya dalam masa setahun sahaja. Masa ni kebetulan ada rezeki lebih, masa berniaga kedai makan di Pandan Jaya, Kuala Lumpur.
Maklum saja, masa tu tengah gila dan kena racun dengan cerita Fast and Furious. Memang gila kereta. Tapi modifikasi kereta Wira 1.6 cc ini memang sudah siap termasuk enjin yang sudah di convert dari 1.6 cc kepada 1.8 cc Mitsubishi. Sistem audio siap dengan Video Palyer dan VCD pada masa tu. Sistem ekzos complete dan braking system yang sudah di “upgrade”.
Masa ni sempat la kereta ni masuk Majalah Kereta dan Juara AutoShow Majalah Traffic di Shah Alam. Bangga la jugak. Apa pun semua tinggal kenangan. Kat mana la kereta ni sekarang agaknya???