Berita baik untuk negeri-negeri yang berada dalam perlaksaan PKP, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah membuat pengumuman tentang SOP baru bagi kenderaan sepanjang tempoh PKP bermula esok, 19 Februari 2021 ini. Jumlah Penumpang Dalam Kenderaan PKP 2021 adalah berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut. Ini bermakna, syarat untuk membenarkan maksima dua orang dalam satu kereta tidak lagi relevan selepas pengumuman ini.
Ini bermakna, negeri-negeri yang masih lagi dibawah perlaksanaan MCO (atau PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Penang and Johor, turut tertakluk kepada kebenaran ini.
Baca : Berita dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Terkini di Malaysia
Terkini Jumlah Penumpang Dalam Kenderaan PKP 2021
Memandangkan peraturan tersebut bermula esok, beberapa lagi sektor operasi perniagaan dibenarkan beroperasi dan juga boleh duduk makan melebihi 2 orang dalam datu meja (bergantung kepada SOP 1 Meter Penjarakan Sosial), maka kebenaran ini dikatakan memberikan kelegaan kepada ramai penduduk di negeri PKP.
Bayangkan, hampir 2 bulan juga ramai keluarga termasuk anak-anak terperap di dalam rumah ekoran dari perintah kawalan pergerakan PKP, PKPB di awal tahun 2021 ini.
Kalau seperti kereta kami ni, boleh la kami muatkan seramai maksima 5 orang. Ada lah peluang untuk keluar sekejap untuk makan dan minum di restoran. Sudah lama tak bawa anak-anak mencuba menu lain selain dari menu masakan di rumah. Pasti ia beri kegembiraan buat anak-anak.
Pun begitu, masih tidak boleh lagi merentas daerah dan tak boleh rentas negeri walaupun ada kebenaran yang diberi untuk perjalanan melebihi radius lebih dari 10 km dari rumah.
Oleh itu, sabar dulu untuk kita semua jika merancang nak pergi melancong. Mungkin ramai yang dah tak sabar nak keluar jalan-jalan ambil angin di luar kawasan mereka. InsyaAllah, kita jaga kita dulu untuk seminggu dua lagi, jika penurunan direkodkan dalam status kes jangkitan harian Covid-19 semakin menurun, InsyaAllah ada peluang untuk kita dilonggarkan kepada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) atau kepada PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan).
Sumber : The Star