Terminal Bersepadu Selatan TBS Terminal Bas
|Sebagai seorang yan gselalu travel ke sana sini, rasanya patut tahu tentang Terminal Bersepadu Selatan TBS Terminal Bas yang terletak di kawasan Sungai Besi, berdekatan dengan kediaman Bandar Tun Razak. Lokasi Terminal Bersepadu Selatan Terminal Bas ini sebenarnya agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, tetapi ia sebenarnya memudahkan ramai pengguna kerana di sini, ia menjadi pusat terminal bas samada ke Utara, Selatan dan kini ke Pantai Timur.
Kalau dulu, untuk ke Selatan atau ke Utara, ramai yang menaiki bas di Terminal Bas Jalan Duta dan untuk ke Pantai Timur, ramai yang akan naik di Terminal Bas Putra, PWTC. Kini semua terminal bas berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan ini untuk kemudahan semua.
Baca : Stesen Bas Hentian Putra Kuala Lumpur
Tempat Naik Bas Di Kuala Lumpur Terminal Bersepadu Selatan TBS
Terminal Bas Yang Luas dan Selesa
Sebenarnya kawasan yang disediakan di Terminal Bas TBS ini memang luas dan selesa. Di Terminal Bersepadu Selatan TBS ini disediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna-pengguna seperti ruang kaunter belian tiket yang banyak dan berpusat. Bermakna, anda boleh ke mana-mana kaunter di TBS ini dan membeli tiket bas untuk ke semua destinasi di Malaysia dan boleh memilih mana-mana syarikat Bas yang anda mahukan.
Ambik contoh seperti yang MrJocko buat, kami ke kaunter dan membeli tiket untuk ke Pantai Timur, Kota Bharu dan membeli tiket bas dari Ekspress Mutiara dengan mudah. Sangat senang dan memudahkan semua orang.
Ruang menunggu bas juga memang selesa untuk semua. Di sini ada disediakan ruang menunggu di atas dan juga ruang menunggu di bawah, platform bas untuk memudahkan pengguna dan bas supaya melicinkan perjalanan semua.
Di dalam terminal Terminal Bersepadu Selatan TBS Terminal Bas ini mempunyai banyak kemudahan kaunter pertanyaan, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai makan yang banyak, kedai buku dan banyak lagi yang semestinya akan memberikan keselesaan kepada semua. Ada mesin ATM untuk anda dan ruang solat dan tandas yang selesa.
Baca : Stesen Bas Bersepadu Kuala Lumpur
Bagi yang datang ke sini dengan menaiki kereta, ada ruang parkir yang luas dan mudah untuk anda meletakkan kenderaan. Kadar bayaran parking di TBS Bandar Tun Razak ini, Terminal Bas juga agak berpatutan. Selama 2 jam MrJocko parking di sini, hanya perlu membayar RM4 sahaja dan ia dikira berbaloi dab berpatutan.
Jadi, jika anda ingin travel di dalam Malaysia dan menggunakan bas samada ke Utara, Selatan atau ke Pantai Timur, anda boleh menggunakan Terminal Bersepadu ini yang memang selesa untuk semua.
Anda boleh memandu ke sini atau menaiki perkhidmatan KTM Komuter untuk ke sini dengan mudah dan tanpa fikir soal jalanraya yang sesak. Sebagai rakyat Malaysia, setakat ini saya bangga dengan Stesen Bas TBS ini. Syabas!!! 🙂
cangih TBS ni, dah macam airport plak