Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman Negei Pahang

Terminal Feri Tanjung Gemuk adalah pelabuhan atau jeti di negeri Pahang yang membolehkan anda menaiki feri untuk ke Pulau Tioman. Pekan Tanjung Gemuk (Tanjung Gemok) terletak antara pekan Endau dengan pekan Rompin di mana kira-kira 30 minit pemanduan dari utara Bandar Mersing.

Sekiranya anda datang dari Pantai Timur ataupun Kuala Lumpur, Jeti Tanjung Gemuk ini adalah lokasi paling sesuai untuk anda naik feri atau bot ke Pulau Tioman. Pekan Tanjung Gemuk tidak sepopular Jeti Mersing, tetapi secara asasnya mereka mempunya kemudahan kedai runcit, hotel bajet untuk menginap, kedai makan, masjid dan banyak lagi kemudahan lain untuk pelancong nikmati.

Baca : Best Ke Melancong Ke Puau Tioman?

 


Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 06 copy

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 01
Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman
Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 02
Lokasi Scuba Diving & Snorkeling Pulau Tioman

Baca : Tambang Jeti Mersing Ke Pulau Tioman

Kalau nak naik Feri di Tanjung Gemuk, anda boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Mersing. Kebanyakan bas dari KL ke Mersing akan melalui Tanjung Gemok. Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk meminta pemandu tersebut memberhentikan anda di jeti Tanjung Gemuk.

Sekiranya anda memandu ke Tanjung Gemuk, ia lebih mudah. Ikut sahaja Lebuhraya Pantai Timur dan keluar menujuk ke Tanjung Gemuk apabila tiba di susur keluar Muadzam Shah dan ikut laluan hingga ke Rompin. Dari Rompin sekitar 30 minit sahaja pemanduan ke Tanjung Gemuk.

Ruang parkir kereta ada banyak di sekitar Terminal Feri Tanjung Gemuk.

Nota :

Ramai kata, Cataferry adalah Feri paling best untuk ke Pulau Tioman

Di Terminal Feri Tanjung Gemuk, ada beberapa kemudahan asas seperti ruangan parkir kereta, kaunter tiket feri ke Pulau Tioman, tandas, kedai runcit dan kedai makan. Sebaiknya, kalau nak beli barangan makanan yang lebih banyak dan pelbagai, singgah dulu di kedai runcit diluar kawasan terminal untuk pilihan yang lebih banyak.
 

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 03
Kaunter Tiket Feri Terminal Feri Tanjung Gemuk

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 04

Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 05
Jeti – Terminal Feri Tanjung Gemuk
Terminal Feri Tanjung Gemuk Pulau Tioman 06
Harga Tiket Terminal Feri Tanjung Gemuk

Harga tiket untuk ke Pulau Tioman menggunakan Feri dan Bot ini sekitar RM35 untuk orang dewasa. Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam. Untuk mereka yang tidak tahan dengan alunan ombak laut, pastikan sediakan plastik untuk memudahkan anda didalam boat.

Dengan jarak hampir 2 jam, ramai penumpang akan mengalami perasaan loya dan muntah-muntah akibat alunan feri di laut. Sebaiknya, cari ubat tahan muntah terlebih dahulu.

Untuk informasi, feri dari Tanjung Gemuk akan mula berlabuh di Jeti Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Marine Park Centre, Kampung Air Batang dan juga di Kampung Salang. Untuk ke Kampung Juara, anda dikehendaki menaiki Teksi Air ataupun Kereta 4X4 untuk ke sana.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.