Site icon Travel Blogger Malaysia

Berita Tentang Terowong Sasago Di Tokyo Runtuh

Mengejutkan juga bila berita pagi tadi bahawa salah satu daripada ribuan terowong jalanraya di Jepun runtuh secara tiba-tiba. Kejadian terowong runtuh di kawasan bandaraya Tokyo ini jarang berlaku. Lihat gambar kesan runtuh di Sasago Tunnel. Hari ini kecoh di Berita Tentang Terowong Sasago Di Tokyo Runtuh.
Diberitakan masih ada 7 lagi mangsa terperangkap di dalam terowong Sasago ini dan ada kematian dilaporkan tetapi belum pasti jumlah kematian yang sebenar. Pihak penyelamat masih bertungkus lumus untuk menjalankan operasi menyelamat.
Terowong Sasago atau Sasago Tunnel ni berada di bahagian semenanjung Kizarasu. Masa MrJocko ke Tokyo bulan Mei lepas, perjalanan nak ke Mt Fuji, memang tak lalu pun kawasan Sasago Tunnel ini.
Kat area Tokyo dan jalan keluar nak menuju bandar-bandar lain memang banyak terowong. Bagaimana mereka bina dengan struktur yang kuat bagi menampung beban gempa bumi dan bencana alam lain, memang MrJocko respek. Teknologi negara maju. Yang bab Sasago Tunnel ni tak tau pulak camana boleh runtuh. Rasanya masa tu tak ada gempa bumi.
Terowong Sasago Tokyo
sasago tunnel japan
Sasago Tunnel ini terletak dalam kawasan Yamanashi Prefecture. Ia antara kawasan pergunungan dan memang punyai pemandangan yang cantik.
Nampak dalam gambar, kejadian Terowong Sasago ini agak teruk. Semoga tidak banyak kemalangan jiwa dilaporkan dan jika ada yang terperangkap, ia dapat diselamatkan dengan segera. Ini antara terowong yang selalu digunakan oleh warga Jepun.
Semoga semua selamat.
Exit mobile version